International Business Report

Cara mudah untuk mengetahui lebih banyak maklumat mengenai rakan kongsi, pembeli atau pembekal anda di luar negara untuk membantu melindungi dan mengembangkan perniagaan anda di peringkat antarabangsa.

Pengetahuan Mendalam untuk Mengembangkan Perniagaan Anda di Tahap Global

Jalankan Perniagaan Anda Di Seluruh Dunia Dengan Keyakinan

Menjalankan perniagaan di negara asing mempunyai banyak cabaran. Banyak perniagaan takut untuk berkembang kerana risiko kredit. Oleh itu, ribuan perniagaan PKS mungkin kehilangan peluang mengeksport dan peluang untuk meningkatkan keuntungan. CTOS boleh membantu menangani masalah ini dengan International Business Report (Laporan Perniagaan Antarabangsa) kami.

CTOS menawarkan International Business Report dengan kerjasama CTOS Basis, yang memberikan anda akses segera kepada syarikat dan organisasi dari lebih 200 negara.

booklet

Bagaimana International Business Report Boleh Membantu Anda?

  • Nilai risiko berurusan dengan pelanggan antarabangsa yang berpotensi dengan tepat
  • Ketahui sama ada pembekal atau pelanggan mempunyai maklumat yang tidak baik
  • Tetapkan had kredit yang sesuai
  • Kurangkan pendedahan hutang lapuk
  • Manfaatkan peluang yang dapat membantu mengembangkan perniagaan anda

Maklumat Dalam Laporan

  • Maklumat Syarikat
  • Cadangan Penilaian Kredit & Had Kredit
  • Maklumat dan Analisis Kewangan
  • Struktur Modal Saham
  • Pengarah / Prinsipal
  • Maklumat Rekod Awam
  • Pengalaman Pembayaran
  • Data kewangan

Lihat Contoh Laporan


Contoh Laporan India

China reportContoh Laporan China

UK reportContoh Laporan UK

Soalan Lazim

Soalan Lazim

Apakah maklumat yang disertakan dalam International Business Report CTOS Basis sebagai piawai?

International Business Report kami merangkumi sebahagian besar maklumat yang biasanya terkandung dalam laporan tempatan, namun tidak semua negara mempunyai pertubuhan seperti SSM di Malaysia. Kadangkala kita perlu mengumpulkan maklumat dari sumber tempatan yang lain, jadi maklumat tersebut mungkin berbeza mengikut negara.

Dari manakah anda mendapatkan data untuk laporan kredit antarabangsa atas talian?

Data kami dikumpulkan dari pelbagai sumber seperti maklumat dari pendaftar rasmi yang setaraf dengan SSM. Rangkaian rakan kongsi tempatan yang dipercayai membolehkan kami mengumpulkan maklumat tempatan bagi memastikan kami sentiasa menyampaikan maklumat yang berkualiti dan dikemaskini.

Bagaimana siasatan baru berfungsi?

Apabila laporan syarikat tidak tersedia untuk dilihat atas talian, anda boleh membuat penyelidikan perniagaan baru. Setelah permintaan ini diterima, kami akan berusaha menghubungi syarikat tersebut secara langsung menggunakan rangkaian rakan kongsi tempatan dan pendaftar rasmi kami untuk memberikan laporan terperinci dalam jangka masa sekitar 6-14 hari bekerja.

Mengapa saya tidak dapat mencari syarikat tertentu?

Disebabkan pelbagai keadaan, maklumat terkini untuk setiap perniagaan tidak selalunya sedia ada. Sekiranya anda tidak dapat mencari syarikat di pangkalan data langsung kami, kami akan menyiasat syarikat tersebut untuk memberikan anda laporan terperinci dan dikemaskini dalam masa sekitar 6-14 hari bekerja.

Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk menerima laporan saya?

Laporan yang diminta oleh pelanggan boleh dimuat turun atas talian dari laman web CTOS Basis dengan segera, jika ada. Sekiranya maklumat syarikat tidak tersedia, siasatan baru akan mengambil masa sekitar 6-14 hari bekerja bergantung pada negara.