Semua jumlah pinjaman yang dijana hanya rujukan berdasarkan kriteria yang diberikan oleh bank dan tidak boleh dianggap sebagai jaminan kelulusan bank atau jumlah pinjaman yang boleh diperolehi. Semua permohonan pinjaman masih memerlukan kelulusan peringkat akhir daripada bank.
Anda layak menerima jumlah pinjaman sehingga
RM 0
Dengan pembayaran bulanan sebanyak
RM 0
Anda mampu membuat jumlah bayaran bulanan sehingga
RM 0
Ingin memohon pinjaman perumahan? Ketahui skor kredit anda untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan kelulusan pinjaman.
Apa yang terkandung dalam laporan MyCTOS Score anda:
Kelayakan anda ditentukan oleh beberapa faktor penting, termasuk pendapatan dan nisbah khidmat hutang.
Nisbah khidmat hutang (DSR) ialah ukuran perkhidmatan hutang yang digunakan oleh pemberi pinjaman kewangan sebagai piawai untuk menentukan pendapatan kasar yang sudah dibelanjakan untuk pembayaran yang berkaitan dengan perumahan dan perbelanjaan lain yang hampir serupa.
Anda mungkin masih layak mendapat pinjaman perumahan walaupun anda sudah mempunyai pinjaman lain. Sama ada pinjaman anda diluluskan atau tidak boleh ditentukan oleh beberapa faktor, misalnya tahap pendapatan anda dan maklumat yang terkandung dalam laporan MyCTOS Score terbaru anda (termasuk maklumat CCRIS dan CTOS Score). Keputusan akhir mengenai kelulusan pinjaman bergantung pada bank atau pemberi pinjaman, tapi skor dan kesihatan kredit yang baik secara umumnya boleh meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan kelulusan pinjaman.
Anda boleh mencari dan memilih pinjaman yang paling sesuai untuk diri anda berdasarkan hasil kalkulator, tanpa membuang masa dengan mengunjungi pelbagai bank.
Anda boleh memohon pinjaman perumahan dengan mengunjungi mana-mana bank pilihan anda. Pastikan anda membawa semua dokumen yang diperlukan (yang mungkin berbeza dari bank ke bank) untuk membantu mempercepatkan proses permohonan.