5 Tip Jimat Wang Untuk Tahun Baru Cina

1. Buat tempahan dan rancangan perjalanan dari awal

Untuk mengelakkan harga yang tinggi disebabkan tempoh puncak perayaan, buat pelan perjalanan anda dengan baik terlebih dahulu, terutamanya untuk perjalanan jarak jauh dengan penerbangan, kereta api atau bas. Dengan cara ini, anda boleh mengelakkan bayaran tinggi untuk tempahan minit terakhir, serta elakkan tekanan dan kerumitan akibat cuba mendapatkan tiket pada saat terakhir.

2. Mulakan perjalanan lebih awal dan elakkan waktu puncak

Jika anda bercadang untuk memandu ke kampung halaman anda untuk Tahun Baru Cina, sebaiknya anda mulakan perjalanan lebih awal dan elakkan waktu puncak. Dengan melakukan ini, anda akan menjimatkan wang bahan api kenderaan kerana anda tidak akan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas yang sudah biasa di Malaysia.

3. Gunakan idea kreatif untuk hiasan rumah

Untuk mendapatkan idea yang baik tentang cara membuat hiasan rumah anda sendiri, buat carian ‘online’ atau semak buku- buku kraf. Pertimbangkan untuk menggunakan bahan dari alam semulajadi atau bahan kitar semula untuk mencipta sesuatu yang unik.

Bukan sahaja hiasan buatan sendiri mewujudkan sentuhan peribadi, ini juga boleh membantu anda menjimatkan wang kerana anda tidak berbelanja untuk barang hiasan mahal yang dijual
di kedai.

4. Semak promosi makan

Walaupun banyak restoran tempatan akan ditutup untuk musim perayaan, terdapat beberapa tempat yang menawarkan promosi perayaan, termasuk tawaran makan menggunakan kad kredit. Lihat laman web seperti Fave untuk mengenalpasti tawaran-tawaran makan istimewa.

5. Buat rancangan awal untuk memberi hadiah ‘ang pow’

Perbuatan memberi ang pow adalah simbolik, dimana nasib baik, tuah dan keinginan ikhlas ‘diberi’ kepada penerima, jadi anda tidak perlu merasa terpaksa untuk memberi jumlah yang besar jika anda mempunyai bajet yang sederhana.

Berhati-hati apabila memutuskan untuk memberi ang pow kepada anak-anak kecil – mungkin lebih baik wang itu diberikan kepada ibu bapa yang berkenaan supaya mereka boleh membuat pengurusan untuk menggunakan wang tersebut dengan bertanggungjawab, demi kebaikan kanak-kanak tersebut.

Rumusan

Ingat untuk menyemak laporan MyCTOS Score anda secara berkala untuk mengawasi kesihatan kredit anda! Dengan memastikan skor kredit anda sentiasa baik serta menjaga kesihatan kredit anda, anda akan menikmati manfaat kemakmuran Tahun Baru Cina yang sebenar sepanjang tahun.