Semak Rujukan Perdagangan Elektronik
Sekiranya anda menerima notis mengenai rujukan perdagangan, inilah yang boleh anda lakukan mengenainya.
Apa itu eTR?
eTR (Electronic Trade Reference) ialah Rujukan Perdagangan Elektronik yang mengandungi maklumat pengalaman pembayaran yang diberikan kepada CTOS oleh pembekal atau rakan kongsi perniagaan.Rujukan perdagangan memaparkan maklumat seperti:
- Maklumat syarikat yang gagal menerima pembayaran
- Tempoh pembayaran tertunggak
- Jumlah hutang tertunggak
- Butiran individu yang bertanggungjawab
- Maklumat untuk menghubungi pihak yang dikenakan eTR
Bagaimanakah caranya mengakses maklumat rujukan perdagangan?
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyenaraian rujukan perdagangan tertentu, kami menyarankan anda untuk mendapatkan laporan MyCTOS Score terkini anda.
Anda boleh mendapatkan laporan MyCTOS Score anda dengan mendaftar untuk ID pengguna CTOS (CID) mengikuti arahan di bawah. Dengan ini, anda boleh mengakses laporan CTOS anda dengan segera. Anda juga akan dimaklumkan apabila CTOS memproses sebarang maklumat baru mengenai anda. CID juga membolehkan kami menghubungi anda dengan mudah megenai perkara-perkara yang berkaitan dengan laporan MyCTOS Score atau CID anda.
Berikut adalah 3 cara untuk mendaftar CID:
- Pendaftaran Aplikasi Telefon Pintar (iPhone atau Android): Log masuk ke Apple App Store atau Google Play, kemudian muat turun aplikasi CTOS dan ikuti arahan.
- Pendaftaran Biometrik: Kunjungi mana-mana cawangan CTOS. Pegawai-pegawai kami sedia membantu anda.
- Pendaftaran Secara Online: Layari laman https://ctosid.ctos.com.my, masukkan nombor IC anda dan ikut arahan. Hantarkan salinan MyKad anda kepada kami (depan dan belakang) untuk tujuan pengesahan identiti.
Saya telah disenaraikan di bawah eTR. Apa yang patut saya lakukan seterusnya?
Sila hubungi syarikat yang menyenaraikan maklumat anda untuk menyelesaikannya. Maklumat terperinci syarikat boleh didapati di bahagian terakhir laporan di bawah “Referee Contact”.
Sekiranya anda tidak pernah berurusan dengan pihak tersebut sebelum ini atau anda mengesyaki bahawa ini mungkin sebuah kes penipuan identiti, anda boleh hubungi syarikat tersebut untuk mendapatkan nasihat mengenai tindakan seterusnya. Secara alternatif, hubungi kami dengan segera untuk mendapatkan bantuan.
Adakah ini sah dari segi undang-undang?
CTOS adalah Agensi Pelaporan Kredit (CRA) yang berdaftar di bawah kerajaan Malaysia dan dikawal selia dan tertakluk pada Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (Credit Reporting Agencies Act 2010). Kami beroperasi bedasarkan Rujukan Perdagangan (Trade Reference Guideline) yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar, berkuatkuasa pada 1 Jan 2018.
Bagaimanakah CTOS memastikan bahawa maklumat yang dipaparkan dalam eTR adalah tepat?
Pelanggan yang terlibat dalam sistem perkongsian maklumat mengenai pengalaman pembayaran (eTR) dengan CTOS diwajibkan mematuhi terma dan syarat yang telah persetujui apabila mereka mula melanggan perkhidmatan CTOS (Credit Manager).
Selaras dengan terma dan syarat yang telah dipersetujui, pelanggan CTOS dikehendaki memastikan bahawa sebarang maklumat rujukan perdagangan yang dihantar untuk tujuan penyenaraian disertai dengan dokumen sokongan sah (misalnya perjanjian undang-undang, borang permohonan, invois, penyata akaun, dokumen pengenalan seperti MyKad atau pasport, dokumen penghantaran, dokumen pembelian). Audit juga akan dijalankan secara berkala oleh CTOS, dan mana-mana pelanggan yang didapati telah melanggar perjanjian akan dikenakan tindakan, iaitu akaun mereka akan ditamatkan atau mereka akan menghadapi tindakan undang-undang.
Berapa lamakah maklumat eTR akan dipaparkan?
Maklumat eTR akan kekal selagi peminjam tidak menyelesaikan hutang mereka atau selagi pihak yang menghantar maklumat eTR tersebut tidak melupuskan rujukan perdagangan berkenaan. Pihak yang menghantar maklumat eTR dikehendaki melupuskan maklumat rujukan perdagangan dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh penyelesaian isu yang berkenaan.
Saya telah melangsaikan jumlah yang belum dijelaskan tapi nama saya masih muncul dalam laporan. Apa harus saya buat?
Pihak yang menghantar maklumat eTR yang berkenaan mungkin mempunyai proses dalaman mereka tersendiri (masa pemulihan tertentu) untuk melupuskan rujukan perdagangan yang telah dihantar untuk penyenaraian. Walau bagaimanapun, anda boleh menghubungi kami secara langsung untuk mempercepatkan proses tersebut.
Jika pihak yang berkenaan enggan memberi kerjasama atau tidak membantu, anda boleh menghubungi kami untuk bantuan lanjut.
Jika nama saya disenaraikan di bawah eTR apa kesannya pada diri saya?
Setiap pemberi pinjaman dan kredit mempunyai tahap risiko dan polisi pinjaman yang berbeza masing-masing. Mereka membuat keputusan untuk meluluskan permohonan pinjaman dan kredit berdasarkan pelbagai kriteria. Pinjaman diluluskan berdasarkan banyak faktor seperti tujuan pinjaman dipohon, maklumat cagaran, jumlah keseluruhan pinjaman, rekod kredit lalu dan banyak lagi.
Maklumat rujukan perdagangan mencerminkan tingkah laku pembayaran masa lalu anda. Oleh itu, pemberi pinjaman dan kredit boleh mengambil kira maklumat ini semasa proses penilaian kredit, dan ini mungkin boleh menjejaskan peluang anda untuk mendapatkan pinjaman.