Permohonan kredit ditolak?

Jika permohonan kredit anda ditolak dan anda tidak tahu mengapa, anda perlu mencari sebabnya terlebih dahulu. Setelah anda ketahui sebabnya, anda boleh mengambil langkah-langkah seterusnya untuk memperbaiki situasi tersebut.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil:

  • Langkah 1 – Dapatkan laporan kredit anda yang terkini

    Semak maklumat kredit anda dengan mendaftar untuk ID pengguna CTOS dan dapatkan laporan kredit terkini anda. Maklumat dalam laporan kredit anda berubah setiap bulan kerana kami sentiasa mengumpul dan mengemaskinikan maklumat kredit.

    Pastikan anda menyemak laporan kredit anda dengan teliti. Jika anda menyedari terdapat sebarang tanda-tanda kecurian identiti, maklumat tidak tepat atau prosiding undang-undang / rekod litigasi yang tidak benar berlaku, anda harus memberi tumpuan yang lebih serta menyiasat tentang perkara-perkara ini.

  • Langkah 2 – Hubungi pihak yang berkenaan untuk bantuan

    Jika anda mengesyaki terdapat kecurian identiti telah berlaku, atau anda dapati maklumat yang tidak tepat dalam laporan kredit anda, sila menghubungi kami (03-2722 8833) atau isi borang secara online dan e-melkan kepada sarus@ctos.com.my.

    Atau

    Sekiranya anda memerlukan bantuan berkaitan dengan pengurusan hutang atau kewangan / kredit, anda boleh menghubungi pihak-pihak berikut:

    • AKPK (untuk pengurusan kewangan peribadi, kaunseling pengurusan hutang dan nasihat)
    • PTPTN (untuk pertanyaan berkaitan dengan pinjaman pendidikan, seperti nasihat penstrukturan semula pinjaman)

    Semak laporan kredit anda