Polisi Privasi CTOS

Polisi Privasi ini bertujuan memaklumkan bagaimana CTOS Data Systems Sdn Bhd dan syarikat pemegangan, syarikat berkaitan dan subsidiari CTOS Data Systems Sdn Bhd (“secara kolektif disebut “CTOS” atau “kami”) mengumpul, menyimpan dan mengendalikan maklumat peribadi individu. Ia juga memberitahu anda bagaimana anda boleh mengakses dan mengemas kini maklumat peribadi.

Pengakuan dan Persetujuan

Apabila anda berkomunikasi dengan kami, melibatkan diri dengan kami, menggunakan perkhidmatan kami, mengakses laman web atau aplikasi mudah alih kami dan/atau membeli produk dan perkhidmatan daripada kami, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami Polisi Privasi ini dan bersetuju dan membenarkan penggunaan, pemprosesan dan pemindahan maklumat peribadi anda oleh kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi ini.

Polisi Privasi ini boleh dikemas kini dari semasa ke semasa dan kami berhak untuk mengubah suai, mengemas kini atau meminda terma Polisi Privasi ini dan Polisi Privasi yang dikemas kini akan ditempatkan di laman web kami. Di mana dibenarkan di bawah undang-undang, dengan terus berkomunikasi dengan kami, menggunakan perkhidmatan kami, membeli produk daripada kami atau melalui penglibatan berterusan anda dengan kami berikutan pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan kepada Polisi Privasi ini, tindakan tersebut akan menandakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian tersebut, kemas kini atau pindaan.

Apakah Pemakaian Polisi Privasi ini?

Polisi Privasi ini terpakai kepada semua maklumat peribadi yang dikumpul oleh kami termasuk melalui:

  • Portal CTOS, apabila anda membuat transaksi dengan kami;
  • Laman web CTOS, termasuk mana-mana laman web yang terarah kepada pengguna yang dikendalikan oleh CTOS dan halaman yang kami kendalikan pada rangkaian sosial pihak ketiga termasuk tetapi tidak terhad kapada Facebook, Twitter dan LinkedIn;
  • Laman web mudah alih dan aplikasi CTOS;
  • Borang pendaftaran yang kami kumpul daripada pengguna, sama ada di dalam atau di luar talian, termasuk melalui pos, semasa acara bersemuka atau kempen;
  • Mana-mana acara atau kempen CTOS;
  • Pusat panggilan;

Polisi Privasi ini tidak terpakai kepada maklumat di luar pemilikan, kawalan atau kuasa kami.

Jenis Maklumat Peribadi Yang Dikumpul

Jika anda memilih untuk membuat transaksi dengan CTOS bagi mana-mana produk dan/atau perkhidmatan atau mengguna Portal CTOS, anda akan diminta untuk mengemukakan maklumat peribadi anda seperti (tetapi tidak terhad kepada) nama, nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel, pilihan kontak dan pilihan bahasa. Apabila anda ingin mengguna Portal CTOS bagi tujuan membuat transaksi melibatkan pembayaran dalam talian, akaun perbankan atau maklumat kad kredit anda juga boleh dikumpul bagi tujuan memproses pembayaran anda.

  • Maklumat kontak peribadi – maklumat yang membenarkan kami untuk menghubungi anda secara peribadi seperti nama, alamat rumah atau surat-menyurat, nombor telefon, alamat e-mel atau lain-lain maklumat kontak yang diperolehi daripada sumber pihak ketiga. Dalam sesetengah keadaan ia akan merangkumi maklumat yang anda berikan kepada kami mengenai orang lain (Contohnya, jika anda mengemukakan alamat e-mel kawan anda bagi program tell-a-friend).
  • Maklumat log masuk akaun
  • Maklumat demografik (Contohnya, tarikh lahir, umur dll)
  • Maklumat teknikal komputer (Contohnya, alamat IP, jenis system operasi, jenis pelayar web)
  • Maklumat penggunaan laman web – maklumat bagaimana anda mengguna atau melayari laman web, aplikasi, iklan dalam talian kami termasuk pautan yang anda klik, halaman yang anda layari dan untuk berapa lama, dan maklumat atau statistik lain yang serupa seperti tarikh dan masa anda lawati, dari laman mana anda datang, dan aktiviti laman web.
  • Maklumat daripada proses pengesahan yang dilakukan oleh kami.
  • Kandungan yang dihasilkan pengguna – Ini termasuk maklumat yang anda wujudkan dan kongsi secara sukarela dengan kami (dan mungkin yang lain) dengan memuat naik ke salah satu laman web atau aplikasi kami, termasuk ke laman rangkaian sosial seperti tetapi tidak terhad kepada Facebook, Twitter atau LinkedIn.
  • Maklumat rangkaian sosial – ini termasuk maklumat yang merupakan sebahagian daripada profil anda yang didaftarkan di rangkaian sosial pihak ketiga (seperti tetapi tidak terhad kepada Facebook, Twitter dan LinkedIn) dan anda membenarkan rangkaian sosial pihak ketiga untuk berkongsi maklumat peribadi anda dengan kami,
  • Maklumat pembayaran termasuk maklumat kad kredit, nama pembilan dan alamat anda (apabila anda membuat transaksi dengan kami melalui Portal CTOS),
  • Maklumat lain yang mungkin perlu kami kumpul bagi kempen, borang, ciri atau perkhidmatan lain yang tertentu yang anda guna atau minta.
  • Maklumat peribadi sensitif – Ini termasuk maklumat maklumat mengenai kesihatan fizikal atau mental anda atau keadaan perubatan anda dan kepercayaan agama anda yang dikumpul dengan persetujuan eksplisit pada masa pengumpulan maklumat.

Penggunaan Maklumat Peribadi Yang Dikumpul

Tujuan mengumpul maklumat peribadi anda mungkin termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut:

  • Pengesahan identiti; Sila ambil perhatian bahawa apabila kami memperoleh maklumat mengenai individu daripada pihak ketiga, kami menggunakan sumber berwibawa, termasuk sumber awam. CTOS mengambil langkah-langkah yang bersesuaian bagi memastikan kualiti maklumat yang kami kumpul.
  • Menilai permohonan anda;
  • Memberitahu anda mengenai maklumat yang baru dikumpul atau diproses mengenai anda;
  • Untuk menyiasat, membalas, atau mempertahankan tuntutan yang dibuat terhadap atau melibatkan CTOS;
  • Membalas pertanyaan anda;
  • Penyiasatan aduan atau transaksi mencurigakan;
  • Penyelidikan bagi penambahbaikan produk atau perkidmatan;
  • Memberitahu anda mengenai kebaikan dan perubahan kepada ciri produk dan/atau perkhidmatan kami termasuk produk dan perkhidmatan baru;
  • Operasi dan penyelanggaraan umum produk dan/atau perkhidmatan yang ditawarkan termasuk perakaunan (pembilan dan audit), analisa statistik dan pemasaran, pengurusan sistem maklumat, ujian sistem, pembangunan dan penyelenggaraan, operasi, sokongan, tinjauan pelanggan, hubungan pelanggan dan bagi menambahbaik dan membantu kami dalam urusan masa depan dengan anda, contohnya bagi mengenalpasti keperluan dan pilihan anda.
  • Membekalkan anda dengan maklumat produk dan/atau perkhidmatan pihak ketiga, yang mungkin menarik perhatian atau memberi manfaat kepada anda, kecuali jika sebaliknya diminta atau diberitahu oleh anda.
  • Bagi tujuan lain yang diperlukan atau dibenarkan oleh mana-mana udang-undang, peraturan-peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.

Penzahiran Maklumat Peribadi Kepada Pihak Ketiga

Apabila dikehendaki oleh undang-undang, maklumat anda boleh dizahirkan kepada badan kerajaan, pihak berkuasa atau pihak ketiga menurut sapina atau proses undang-undang yang lain dengan sewajarnya sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang bagi melindungi hak atau harta benda CTOS, pelanggan, laman web, atau pengguna kami. Kami juga mungkin menzahirkan maklumat anda, sama ada sebahagian atau sepenuhnya, kepada syarikat yang berkontrak atau diberi kuasa seperti pemproses data kami.Jika anda memilih untuk mendaftar dan membuat transaksi dengan CTOS, maklumat peribadi anda mungkin dikongsikan sekiranya perlu dan hanya berdasarkan keperluan untuk mengetahui dengan syarikat dalam Kumpulan Syarikat CTOS (iaitu subsidiari di bawah CTOS Digital Bhd.), bagi melayani anda dengan cara yang paling cekap dan berkesan.

CTOS mungkin menzahirkan maklumat peribadi anda kepada pihak-pihak berikut bagi tujuan yang disebutkan di atas:-

  • Syarikat dan/atau organisasi yang bertindak sebagai agen, kontraktor, pembekal perkidmatan dan/atau penasihat profesional kami;
  • Syarikat dan/atau organisasi yang membantu kami dalam pemprosesan dan/atau memenuhi transaksi dan membekalkan anda dengan produk dan/atau perkhidmatan yang anda langgan atau minta;
  • Agensi pengiklanan dan pemasaran termasuk tetapi tidak terhad kepada platform media sosial, syarikat analisis data dan agensi media;
  • Agensi penguatkuasaan undang-undang;
  • Agensi-agensi kerajaan

Dalam keadaan tertentu, kami berhak untuk menzahirkan maklumat peribadi anda kepada peniaga dan rakan strategik pilihan kami. Kami mengambil langkah-langkah yang munasabah bagi memastikan perjanjian kami dengan peniaga dan/atau rakan strategik pilihan merangkumi tanggungjawab privasi dan kerahsiaan yang sesuai.

Sekiranya anda tidak mahu maklumat peribadi anda untuk dikongsikan kepada pihak ketiga tersebut, sila e-mel kami di privacynotice@ctos.com.my atau hubungi mana-mana Pusat Perkhidmatan CTOS melalui butiran yang disertakan di bawah. Arahan bertulis terkini anda kepada kami akan digunapakai.
Maklumat peribadi anda tidak akan dizahirkan kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak diberi kuasa.

Pemindahan Maklumat Peribadi Anda Di Luar Malaysia (Di Mana Berkenaan)

Untuk pengetahuan anda, dalam keadaan tertentu maklumat peribadi anda mungkin disimpan di suatu pelayan yang terletak di luar Malaysia. Dalam keadaan ini, kami akan berusaha untuk mengikat perjanjian dengan pembekal perkhidmatan bagi memastikan tahap perlindungan privasi yang tinggi.

Keselamatan Maklumat: Bagaimana Kami Melindungi Privasi Anda

CTOS komited untuk melaksanakan tahap keselamatan maklumat yang tertinggi bagi melindungi privasi and kerahsiaan maklumat peribadi anda. Kami menghadkan akses kepada maklumat peribadi anda kepada pekerja yang diberi kuasa. Kami juga mengekalkan pelindungan fizikal, elekronik dan prosedur untuk melindungi maklumat daripada kerugian, salah guna, kerosakan atau pengubahsuaian dan akses atau penzahiran tanpa kebenaran.

Beberapa ciri pusat langkah-langkah keselamatan yang lain termasuklah:

  • Kumpulan khusus pakar Keselamatan Maklumat yang merancang, melaksanakan, dan mengawasi program keselamatan maklumat kami
  • Penggunaan teknologi khusus seperti ‘firewall’
  • Ujian keselamatan dan kebolehoperasian produk dan perkhidmatan sebelum diperkenalkan kepada Internet, juga pengimbasan berterusan bagi kelemahan dalam teknologi yang diketahui umum
  • Ulasan dalaman dan luaran terhadap laman Internet dan perkhidmatan kami
  • Pemantauan infrastruktur sistem kami bagi mengesan kelemahan dan kemungkinan pencerobohan
  • Melaksanakan kawalan bagi mengenalpasti, mengesahkan dan membenarkan akses kepada pelbagai sistem atau laman web
  • Melindungi komunikasi bukan awam melalui enkripsi atau cara lain

Kemas Kini Polisi Privasi

Kami mungkin meyemak dan mengemas kini Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa bagi mencerminkan perubahan dalam undang-undang, perubahan dalam amalan, prosedur dan struktur perniagaan kami, dan jangkaan privasi masyarakat yang berubah. Versi terkini Polisi Privasi akan disediakan di laman web kami.

Mengakses Maklumat Peribadi Anda

Berikut merupakan pilihan-pilihan yang anda ada berkaitan pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda oleh kami:

Bagaimana Untuk Pilih Keluar – Sekiranya anda tidak mahu menerima komunikasi dan/atau perkhidmatan daripada laman web atau jenama CTOS, sila jangan pilih setuju untuk menerima komunikasi atau perkhidmatan semasa pendaftaran. Jika anda telah pilih setuju dan, kemudiannya, ingin pilih untuk tidak bersetuju, sila log e-mel kepada kami di privacynotice@ctos.com.my atau hubungi mana-mana Pusat Perkhidmatan CTOS melalui butiran yang disertakan di bawah. Arahan bertulis terkini anda kepada kami akan digunapakai.

Bagaimana Untuk Menarik Balik dan Membatalkan Kebenaran

Anda boleh menarik balik atau membatalkan kebenaran anda untuk kami menggunakan dan memproses maklumat peribadi anda seperti yang ditetapkan dalam Polisi Privasi ini dengan menghantar e-mel ke privacynotice@ctos.com.my atau anda boleh hubungi mana-mana Pusat Perkhidmatan CTOS melalui butiran hubungan yang diberikan di bawah. Sebaik sahaja kami menerima permintaan anda untuk menarik balik atau membatalkan kebenaran, maklumat peribadi anda semua maklumat yang kami kumpulkan (kecuali maklumat yang kami dikehendaki atau dibenarkan oleh undang-undang untuk menyimpan) akan dipadamkan secara kekal.

Akses dan Pembetulan

Anda boleh mengakses dan/atau membuat pembetulan kepada maklumat peribadi anda yang diserahkan kepada kami dengan menghantar e-mel kepada privacynotice@ctos.com.my atau hubungi mana-mana Pusat Perkhidmatan CTOS melalui butiran hubungan yang diberikan di bawah. Anda selanjutnya mengakui bahawa kami mungkin mengenakan bayaran kepada anda untuk permintaan tersebut. Kami berhak untuk menolak pembetulan maklumat peribadi anda seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Bagaimana jika saya terima e-mel, mesej atau kontak lain yang tidak dijangka – Berserta dengan setiap e-mel komunikasi pemasaran yang dihantar kepada anda, kami memberi anda peluang untuk berhenti daripada menerima komunikasi pemasaran masa depan (iaitu berhenti melanggan). Ikuti sahaja proses untuk berhenti melanggan atau arahan yang diberi dalam e-mel.

Bagaimana saya tahu sama ada saya telah pilih setuju – Anda pilih setuju untuk komunikasi dan/atau perkhidmatan daripada laman web atau jenama CTOS melainkan anda memilih untuk tidak menerimanya pada masa pendaftaran atau anda berhenti melanggan bahan pemasaran yang diterima. Sebagai alternatif, anda boleh menghantar e-mel kepada kami di privacynotice@ctos.com.my untuk berhenti melanggan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai Polisi Privasi ini atau anda ingin menyemak atau mengemas kini maklumat peribadi yang mungkin kami telah kumpul mengenai anda, sila hubungi kami di (https://www.ctoscredit.com.my/contact-us/) atau:

• E-mel: privacynotice@ctos.com.my

 

TARIKH KEMAS KINI: 20 Mac 2023