Peraduan Score Your Date

Seperti sebuah lagu popular, ‘Love is in the air…’

Romantiskan Februari anda dengan cinta dan kasih sayang – tetapi bagaimana pula hubungan anda dengan kesihatan kredit? Kini adalah masanya untuk anda mengawal selia kedudukan kewangan dan “Score” sebuah hadiah romantik untuk diraikan bersama insan tersayang pada masa yang sama!

Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan membeli laporan MyCTOS Score di antara 2hb hingga 28hb Februari, dan jawab 1 soalan mudah dengan betul untuk menyertai peraduan ini. Anda akan berpeluang untuk meraikan detik-detik indah yang ditaja oleh CTOS, seperti percutian 6H4M ke Korea Selatan, penginapan 4H3M di Sabah – negeri di bawah bayu, atau sebuah perjalanan pelayaran ke kota Singapura selama 4H3M.

2 langkah mudah untuk menang:

Jangan lepaskan peluang untuk mengawal selia kesihatan kredit anda, dan semarakkan rasa cinta dengan CTOS!

Laporan MyCTOS Score terkini membantu anda untuk:

Terma & Syarat

  1. Peraduan ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada 2hb Februari 2023.
  1. Tempoh peraduan adalah dari 2hb – 28hb Februari 2023. Hanya CTOS Score (daripada laporan MyCTOS Score) yang diperolehi sepanjang tempoh peraduan ini melalui laman web CTOS atau aplikasi mudah alih akan diambil kira. Peserta juga perlu menjawab soalan berdasarkan CTOS Score dengan betul dan melengkapkan slogan dengan kreatif untuk melayakkan diri bagi memenangi hadiah yang ditawarkan.
  1. Hadiah untuk peraduan ini adalah;
  • Hadiah Pertama : Pakej percutian 6H4M ke Seoul Korea untuk 2 orang bernilai RM9,000
  • Hadiah Kedua : Pakej percutian 4H3M ke Sabah untuk 2 orang bernilai RM4,000
  • Hadiah ketiga : Pakej perjalanan pelayaran selama 4H3M ke Singapura untuk 2 orang bernilai RM3,000
  1. Pemenang akan dipilih berdasarkan jawapan yang betul bagi soalan peraduan dan slogan kreatif.
  1. Keputusan peraduan akan diumumkan di halaman Facebook rasmi CTOS dalam masa dua puluh satu (21) hari bekerja dari tarikh akhir tempoh peraduan. Pemenang juga akan dimaklumkan melalui e-mel dan telefon.

Klik di sini untuk Terma & Syarat penuh