Summary of Rights

Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 (Akta 710)

Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 menggalakkan keadilan, ketepatan, dan privasi dalam amalan pelaporan kredit. Agensi pelaporan kredit mengumpul dan mendedahkan maklumat mengenai anda, seperti kegagalan membayar pinjaman anda atau jika anda telah diisytihar bankrap. Akta ini, memberikan anda hak-hak tertentu, kebanyakan yang diringkaskan di bawah. Anda boleh mendapatkan teks lengkap Akta dari mana mana penerbitan seperti Percetakan Nasional atau ILBS.

Amaran: Ini hanyalah ringkasan dari Akta. Jika terdapat perbezaan atau percanggahan antara ringkasan ini dan mana-mana peruntukan Akta, peruntukan Akta itu hendaklah diguna pakai.

Anda mesti diberitahu oleh agensi pelaporan kredit melalui suatu notis yang menyatakan;

  1. bahawa maklumat kredit sedang diproses oleh atau bagi pihak agensi pelaporan kredit bersama-sama dengan penjelasan;
  2. tujuan yang mana maklumat yang sedang diproses;
  3. sumber maklumat itu;
  4. bagaimana anda boleh menghubungi agensi pelaporan kredit jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan;
  5. anda mempunyai hak untuk akses kepada maklumat itu dan juga mempunyai hak untuk meminta agensi pelaporan kredit untuk membetulkan maklumat kredit anda; dan
  6. kepada siapa maklumat kredit akan didedahkan.

Maklumat kredit anda tidak boleh dikumpulkan dan digunakan untuk apa-apa maksud selain daripada apa yang diperuntukkan di bawah Akta.

Ini bermakna bahawa agensi pelaporan kredit, hanya boleh mengumpul dan menggunakan maklumat kredit anda untuk menyediakan laporan kredit untuk menilai kebolehpercayaan kredit anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada sejarah mana-mana kegagalan atau ketekunan anda membuat pembayaran pinjaman (reputasi cagaran). Maklumat kredit anda tidak boleh digunakan atau didedahkan oleh mana-mana agensi pelaporan kredit untuk tujuan lain dari apa yang dibenarkan di bawah Akta.

Satu contoh aktiviti tersebut adalah, termasuk tetapi tidak terhad kepadanya, mendedahkan maklumat kredit anda bagi tujuan pemasaran langsung. Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai kejadian/amalan itu maka anda boleh mengemukakan aduan kepada Pendaftar.

Persetujuan anda mesti diperoleh sebelum agensi pelaporan kredit boleh menzahirkan / mendedahkan maklumat kredit anda.

Ini bermakna bahawa agensi pelaporan kredit perlu mendapat kebenaran anda sebelum mereka boleh mengemukakan apa apa maklumat atau laporan kredit anda kepada pelanggan mereka.

Laporan kredit anda hanya boleh mengandungi maklumat – maklumat tertentu yang dibenarkan mengikut Akta.

Ini bermakna bahawa agensi pelaporan kredit tidak boleh memasukkan apa-apa maklumat kredit dalam laporan mereka tidak kira sama ada anda telah memberi persetujuan atau tidak jika;

  1. apa-apa maklumat melainkan jika maklumat itu termasuk nama dan alamat sumber maklumat kredit itu.
  2. apa-apa maklumat melainkan jika identiti pelanggan dapat dikenal pasti.
  3. apa-apa maklumat yang berhubung dengan kebankrapan seseorang dua tahun selepas tarikh pelepasannya daripada kebankrapan itu.
  4. apa-apa maklumat yang berhubung dengan suatu tindakan kewangan dalam mahkamah terhadap seseorang yang lebih daripada dua tahun selepas tarikh permulaan prosiding itu, melainkan jika status semasa mengenai tindakan mahkamah itu telah dipastikan dan dimasukkan ke dalam laporan kredit itu.
  5. apa-apa maklumat yang berhubung dengan apa-apa kemungkiran dalam pembayaran balik kredit dua tahun selepas tarikh penyelesaian muktamad akan amaun yang dimungkiri, termasuk penyelesaian amaun yang kena dibayar menurut suatu skim perkiraan dengan pemberi kredit.

Hak anda untuk meminta daripada pemberi kredit maklumat mengenai sebab-sebab bagi penolakan permohonan anda untuk kredit (tindakan kredit yang tidak diingini).

Sekiranya pemberi kredit menggunakan laporan kredit dalam menilai sesuatu transaksi dan ia mengakibatkan tindakan kredit yang tidak diingini terhadap subjek data, subjek data berhak mengetahui agensi pelaporan kredit yang mengeluarkan laporan kredit tersebut.Seterusnya, subjek data mempunyai untuk mengakses dan memeriksa laporan kredit berkenaan untuk memastikan ketepatan maklumat kredit dan mempunyai status terkini.

Hak anda untuk mengakses maklumat kredit atau laporan kredit.

Ini bermakna bahawa anda mempunyai hak untuk mengakses maklumat kredit atau laporan kredit anda daripada agensi pelaporan kredit yang memegang atau yang telah memproses laporan kredit anda. Walau bagaimanapun, agensi pelaporan kredit perlu mengesahkan identiti anda dan mengesahkan bahawa maklumat itu benar-benar berada dalam pangkalan data mereka sebelum memenuhi permintaan anda untuk mengakses maklumat tersebut. Anda akan dibekalkan, atas permintaan anda dan apabila dibayar apa-apa fi yang boleh ditetapkan oleh agensi yang memegang maklumat kredit anda, maklumat atau laporan kredit yang tersebut di atas.

Hak anda untuk mempertikaikan maklumat kredit yang salah.

Ini bermakna bahawa jika maklumat atau laporan kredit anda yang telah didedahkan kepada pembekal kredit lanjutan daripada permohonan anda untuk kredit dan maklumat atau laporan kredit itu mengandungi maklumat yang tidak betul, anda mempunyai hak untuk mencabar laporan kredit itu mengikut prosedur yang diperuntukkan di bawah Akta. Anda boleh meminta agensi berkenaan membuat
pembetulan.

Hak anda untuk mengemukakan aduan kepada Pendaftar.

Anda mempunyai hak untuk membuat aduan kepada Pendaftar terhadap mana mana agensi pelaporan kredit jika anda percaya bahawa hak anda di bawah Akta telah dilanggar atau anda mempercayai apa apa kesalahan telah berlaku. Sebarang aduan hendaklah dibuat sebagaimana format yang disediakan di bawah dan di alamatkan kepada alamat dan email yang tertera seperti yang di bawah.

Maklumat Agensi Pelaporan Kredit

Nama Agensi CTOS Data Systems Sdn Bhd
Nombor Pendaftaran 247651-H
No Tel +603-2722 8833
No Faks +603-2722 8822
E-mel ctosid@ctos.com.my
Website https://www.ctoscredit.com.my/
Alamat Unit 01-12, Level 9,
Tower A, Vertical Business Suite,
Avenue 3, Bangsar South,
No. 8, Jalan Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur.

Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit

No Tel +603-8890 6559 / +603-8890 6560
No Faks +603-8890 6423
E-mel aduan.ppapk@treasury.gov.my
Website https://ppapk.treasury.gov.my
Alamat Perbendaharaan 2, Aras2,
Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62592 Putrajaya.