Agensi Pelaporan Kredit terkemuka di Malaysia

Memperkasakan Rakyat Malaysia untuk mencapai status kredit yang lebih baik

Dikawal selia oleh Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit, Kementerian Kewangan Malaysia

CTOS Credit Manager ialah aplikasi berasaskan web yang memanfaatkan  keberkesanan sebuah platform dinamik untuk mencari, menyimpan, memantau dan mengurus semua maklumat pelanggan anda bagi mengurangkan risiko kredit perniagaan. Sebagai produk perniagaan utama kami, aplikasi hebat ini terus ditambah baik dan dipertingkatkan untuk memastikan pelanggan kami mempunyai penyelesaian terbaik untuk menjalankan perniagaan mereka dengan lancar.

Memperkenalkan CTOS Credit Manager Xpress baru –produk terbaik untuk ahli perniagaan profesional yang sentiasa sibuk. Sistem ini menawarkan kemudahan di hujung jari di mana sahaja anda berada. Ia dibina menggunakan teknologi reka bentuk mudah alih untuk membantu anda melaksanakan fungsi  utama dengan mudah. Ia adalah nilai tambahan PERCUMA untuk semua pelanggan CTOS Credit Manager. Beralih dengan mudah antara kedua-dua versi (sedia ada & Xpress) mengikut keperluan anda.

Gunakan CTOS Credit Manager untuk membantu menguruskan dan mengurangkan risiko kredit dengan 3 langkah mudah:

  • Lakukan saringan pra-kredit dan semakan usaha wajar untuk menilai risiko pelanggan dan pembekal baharu atau sedia ada.
  • Semak maklumat yang berkaitan dengan: –
    • Profil syarikat/ maklumat SSM (ROC/ ROB)
    • Kewangan
    • Rekod pembayaran perbankan (CCRIS)
    • Kes undang-undang/ litigasi
    • Kebankrapan, rujukan perdagangan
  • Perkhidmatan lain, cth. Carian antarabangsa dan Singapura, carian hak milik tanah, dsb.
  • Sentiasa ambil maklum mengenai perubahan keadaan perniagaan pelanggan anda.
  • Dapatkan kemas kini automatik apabila perubahan berlaku pada: –
    • Kewangan
    • Jawatan pengarah/ pemilikan
    • Kepentingan perniagaan
    • Kes undang-undang
    • Rujukan perdagangan
  • CTOS eTR ialah sebuah platform kerjasama neutral untuk pengguna berkongsi maklumat pembayaran bukan perbankan pelanggan mereka, positif atau negatif, untuk pemulihan hutang.
  • Membantu mengukuhkan tingkah laku pembayaran yang baik dengan menggalakkan individu melangsaikan jumlah tertunggak melalui Rujukan Perdagangan elektronik CTOS (eTR)

Manage Your Business Credit Risk

Find out how CTOS can help your business today.

Your Key Benefits