Manfaatkan teknologi ID digital yang terbaik untuk keperluan perniagaan dan pematuhan anda.
CTOS eKYC adalah cara cepat, mudah dan selamat untuk mengesahkan pelanggan baru anda tanpa bersemuka. Dengan teknologi terkini dalam pengesahan ID digital, CTOS eKYC membolehkan pengalaman pemerolehan pelanggan yang lancar sambil mematuhi piawaian tertinggi menurut syarat pematuhan. Ia boleh disesuaikan sepenuhnya untuk memenuhi keperluan perniagaan anda.
Teknologi ini akan membuka jalan untuk mendigitalkan proses pemerolehan pelanggan dengan mudah dan membantu anda menyesuaikan diri dengan Norma Baru.
Apa yang menjadikan CTOS eKYC terbaik di pasaran?
Sistem kami mematuhi piawaian tertinggi menurut syarat pematuhan
Proses pengesahan 4 lapisan yang unik untuk keselamatan tambahan
Ciri keselamatan tambahan termasuk pemeriksaan mercu tanda dan pengesanan hologram
Manfaat untuk perniagaan anda
Pastikan pematuhan ke atas polisi pemeriksaan
Meningkatkan kualiti perkhidmatan pelanggan
Membolehkan proses pemerolehan pelanggan yang lancar
Meningkatkan kecekapan dan skalabiliti operasi
Proses integrasi yang lancar
Boleh disesuaikan dengan keperluan anda
Capai segmen pasaran baru dengan lebih mudah
Kurangkan masa membuat keputusan
Bagaimana ia berfungsi
Proses pengesahan 4 lapisan kami memastikan pengesahan identiti digital pemohon yang efisien, boleh dipercayai dan konsisten.
Pengesahan Dokumen ID
Dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan diimbas dan disahkan
Pemeriksaan Mercu Tanda MyKad
Pemeriksaan tertentu dilakukan oleh pengaturcaraan system AI untuk menentukan keaslian dokumen. Contohnya, dokumen MyKad (NRIC) akan dipindai untuk mendapatkan sejumlah mercu tanda dan set ciri yang unik.
Pengekstrakan Imej Pengecaman Watak Optik (OCR)
Gambar wajah diimbas dan diekstrak dari dokumen pengenalan rasmi, seperti MyKad (Kad Pengenalan). Jenis dokumen ditentukan oleh sistem, dan gambar pemohon diambil dari dokumen bersama nama, nombor IC, alamat dan maklumat lain.
Pengecaman Muka
Gambar wajah diekstrak dari dokumen dan dipadankan dengan gambar pemohon yang baru dan diambil secara lansung.
Pengecaman Muka
Gambar baru diambil secara langsung dan dipadankan dengan gambar yang diambil dari dokumen pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan. Ini dilakukan untuk memastikan individu yang sebenar sedang menjalani proses pengesahan. Sebanyak 106 penanda wajah (atau mercu tanda) digunakan untuk memastikan gambar yang ditangkap individu tersebut padan dengan gambar dalam dokumen rasmi.
Pengesanan Pergerakan Langsung
Terdapat juga pilihan untuk pergerakan langsung yang memerlukan pemohon mengedip mata, senyum, menganggukkan kepala dan banyak lagi untuk menentukan bahawa ada individu sebenar yang hadir pada waktu pengesahan.
Pengesahan Fail Biro
Maklumat yang diambil dari dokumen pengenalan rasmi dibandingkan dengan data CTOS yang sedia ada untuk ketidakpadanan.
Maklumat yang diambil dari dokumen pengenalan rasmi dibandingkan dengan data CTOS yang sedia ada untuk ketidakpadanan, iaitu nombor, nama dan alamat MyKad (NRIC).
Maklumat yang digunakan sebagai rujukan berasal dari pangkalan data CTOS, data langsung CCRIS dan data SSM (CCM).
Pengesahan Berasaskan Pengetahuan
Gambar wajah diekstrak dari dokumen dan dipadankan dengan gambar pemohon yang baru dan diambil secara langsung.
Soalan keselamatan
Satu siri soalan dinamik dikemukakan, yang akan dihasilkan berdasarkan maklumat fail kredit sebenar pemohon dan kemudahan CCRIS aktif.
Pengesahan Jawapan
Balasan jawapan daripada pemohon dibandingkan dengan jawapan yang diketahui untuk mengesahkan identiti individu tersebut.
Contoh soalan yang boleh diajukan adalah “Adakah anda mempunyai pinjaman kereta dengan bank ABC?” atau “Adakah anda mempunyai pinjaman pendidikan PTPTN?”
Tonton video untuk mengetahui lebih lanjut
Bersedia untuk bermula?
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CTOS eKYC, isi borang ini dan pasukan kami akan menghubungi anda: