Uruskan Pelanggan
    Yang Sedia Ada

    Adakah anda sedar jika ada pelanggan anda yang menghadapi masalah kewangan perniagaan? Adakah rakan perniagaan anda menunjukkan tanda-tanda menuju kemuflisan?

    Penyelesaian Lain Yang Ada

    Urus dan pantau pelanggan anda dengan CTOS Credit Manager

    Situasi perniagaan boleh berubah dan profil risiko boleh merosot dengan aliran masa. Dalam dunia perniagaan, adalah penting untuk mempunyai akses kepada maklumat terkini untuk mengelakkan risiko, seperti bayaran lambat atau tiada bayaran.

    Setiap perniagaan bergantung kepada aliran kewangan yang positif. Mendapatkan bayaran dari pelanggan pada masanya merupakan salah satu cabaran yang paling besar untuk perniagaan yang kecil atau sederhana.

    Apakah cara yang terbaik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bakal pelanggan anda? Kami menawarkan CTOS Credit Manager, penyelesaian pengurusan kredit yang dipercayai oleh bank-bank dan perniagaan di Malaysia.

    Kelebihan:

    • Buat carian, simpan, pantau dan uruskan semua maklumat pelanggan melalui satu system dinamik
    • Terima notifikasi e-mel mengenai perubahan yang berkaitan dengan pelanggan anda
    • Dapatkan maklumat terkini mengenai kes undang-undang, perubahan kewangan, maklumat mengenai pengarah dan saham yang melibatkan pelanggan anda

    Jenis laporan

    • CTOS Score Report
    • CTOS Report
    • CTOS LitE Report
    • CCM / SSM Report
    • Idaman Report
    • NRD / JPN Report
    • MDI Report
    • Monitoring Report
    • E-Court