Kini, serangan siber menjadi lebih kerap dan canggih. Berikutan kebocoran data baru-baru ini di Malaysia, kami ingin membantu anda mengetahui jika maklumat anda muncul di jaringan gelap. Penjenayah berpotensi menggunakan maklumat yang dibocorkan ini untuk melakukan penipuan. Pemantauan jaringan gelap CTOS adalah langkah pertama yang baik untuk melindungi identiti anda dengan lebih baik. Kami mengimbas lebih daripada berbilion rekod pelanggaran data untuk alamat e-mel, nombor telefon, maklumat kad kredit/ debit, akaun bank dan pasport. Sekiranya maklumat anda telah dibocorkan, kami akan memaklumkan kepada anda dan memberi nasihat mengenai langkah-langkah seterusnya yang harus anda ambil untuk melindungi maklumat peribadi anda.

Terma & Syarat:

  1. Untuk menikmati akses 1 bulan PERCUMA pemantauan jaringan gelap CTOS SecureID, anda perlu mendaftar dari 4 – 31 Oktober 2021.

  2. Akses 1 bulan percuma bermula dari tarikh pengaktifan anda.

  3. Untuk pengguna CTOS semasa, log masuk ke akaun CTOS ID anda untuk mengaktifkan akses percuma anda..

  4. Untuk pengguna baru, sila daftar untuk akaun CTOS ID (tanpa sebarang kos). Akses percuma anda akan diaktifkan secara automatik setelah pengesahan akaun berjaya.

FAQ

Jaringan gelap adalah sebahagian daripada internet yang tidak diindeks oleh enjin carian. Ini bermakna bahawa sebahagian besar jaringan gelap adalah ‘tersembunyi’ kerana ia tidak dapat diakses secara mudah oleh pengguna internet biasa. Sebahagian besar jaringan gelap digunakan untuk aktiviti haram atau jenayah – contohnya, sesiapa pun boleh membeli nombor kad kredit yang dicuri, pelbagai jenis dadah, senjata, wang palsu, maklumat langganan pengguna lain, akaun video ‘streaming’ yang digodam dan perisian yang dapat membantu pencuri menggodam komputer orang lain.

Sistem CTOS SecureID akan mengimbas jaringan gelap untuk mengenalpasti sama ada maklumat yang anda berikan secara sukarela telah muncul di situ. Sekiranya maklumat anda muncul di jaringan gelap, sistem kami akan menghantar amaran notifikasi kepada anda. Anda boleh mengambil tindakan seterusnya untuk melindungi diri anda, seperti menukar kata laluan atau menutup akaun tertentu.

Sebahagian besar jaringan gelap digunakan untuk aktiviti haram atau jenayah – contohnya, sesiapa pun boleh membeli nombor kad kredit yang dicuri, pelbagai jenis dadah, senjata, wang palsu, maklumat langganan pengguna lain, akaun video “streaming” yang digodam dan perisian yang dapat membantu pencuri menggodam sistem orang lain.

Disebabkan ciri-ciri kandungan jaringan gelap, anda boleh menghadapi risiko jika maklumat peribadi anda dicuri dan muncul di situ. Jika maklumat anda muncul di jaringan gelap, ia boleh memudaratkan anda dalam pelbagai cara. Ini kerana anda tidak akan tahu siapa yang akhirnya mendapatkan data anda, dan apa yang mereka ingin membuat dengannya.

Apabila anda melanggan CTOS SecureID, anda akan ditanya sama ada anda ingin memberikan maklumat peribadi secara sukarela supaya sistem kami boleh memantau dan menghantar makluman kepada anda jika perlu. Lebih banyak maklumat yang anda berikan, maka lebih banyak cara untuk kami melindungi anda – anda akan dapat memanfaatkan perlindungan maksimum CTOS SecureID dengan menggunakannya secara menyeluruh.

Maklumat sukarela yang boleh anda berikan untuk pemantauan jaringan gelap:

  • 6 angka pertama dan 4 angka terakhir kad kredit / debit pengguna
  • Alamat e-mel
  • Nombor telefon
  • Nombor akaun bank
  • Nombor passport

Tidak. Anda tidak akan dikenakan bayaran kerana butir-butir pembayaran tidak diminta terlebih dahulu. Anda mempunyai pilihan untuk melanggan pakej berbayar bulanan atau tahunan selepas akses 1 bulan percuma tamat.