Tentang CTOS – Siapa Kami & Peranan Kami
Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010
Seperti yang diperuntukkan dalam Akta CRA, semua CRA hendaklah mematuhi sepenuhnya Akta 15 Oktober 2014.
Agensi Pelaporan Kredit (CRA) adalah entiti berdaftar untuk melaksanakan operasi pelaporan di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. CRA mengumpul maklumat kredit yang boleh digunakan dalam menentukan kelayakan seseorang untuk memperolehi kredit.
Peranan Agensi Pelaporan Kredit:
- Mewujudkan ketelusan bagi memudahkan akses kepada kredit yang cepat dan mudah.
- Membantu mewujudkan perniagaan yang lebih kukuh dan mengurangkan risiko dengan membolehkan mereka membuat keputusan kredit yang lebih bermaklumat, seterusnya mengukuhkan sistem ekonomi dan kewangan negara.
Akta Agensi Pelaporan Kredit membekalkan maklumat bagi pendaftaran dan pengawalseliaan CRA, dengan Pendaftar yang dilantik untuk menjalankan fungsi Akta ini. Akta CRA 2010 juga menyediakan subjek data dengan hak untuk mengakses, membetulkan dan mempertikaikan sebarang maklumat mengenai mereka. Untuk memuat turun Ringkasan penuh Hak, klik di sini.
Peranan Pendaftar Akta CRA 2010:
- Menggalakkan pembangunan industri pelaporan kredit yang kukuh dan teratur.
- Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk CRA menjalankan aktiviti mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai Akta CRA, sila layari laman web Pejabat Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit (ppapk.treasury.gov.my)