Ambil langkah PERTAMA untuk menguruskan kesihatan kewangan anda

Di CTOS, kami ingin memperkasakan anda dengan kemahiran dan pengetahuan yang lebih menyeluruh agar anda boleh membuat keputusan kewangan yang tepat, terutama ketika saat yang sukar ini. Jumlah wang yang anda ada bukan perkara yang paling penting, kerana anda memerlukan kejelasan dan pemahaman untuk mencapai matlamat kewangan anda. Oleh kerana itu, kami menawarkan laporan MyCTOS berserta CCRIS PERCUMA untuk membantu anda mengambil langkah pertama.

Lebih daripada 1.3 juta rakyat Malaysia telah mendaftar semakan sendiri CTOS untuk menguruskan kewangan dengan bijak. Daftar dan mulakan sekarang.

Maklumat di dalam laporan anda:
  • Bayaran tertunggak
  • Semua pinjaman, kad kredit dan hutang dengan bukan bank
  • Kes undang-undang dan kebankrapan
  • Rekod pengarah dan perniagaan
  • serta banyak lagi….

*Terma & Syarat

1. Sah dari 28 Jun sehingga 31 Ogos 2021.
2. Setiap individu yang mendaftar untuk semakan sendiri CTOS selama tempoh kempen layak menerima SATU (1) laporan MyCTOS berserta CCRIS PERCUMA.
3. Pelanggan CTOS yang sedia ada TIDAK layak untuk mengambil bahagian.
4. CTOS Data Systems Sdn Bhd berhak untuk membuat sebarang perubahan pada terma & syarat pada bila-bila masa tanpa pengumuman terlebih dahulu.

Soalan-soalan Lazim

1. Apakah laporan MyCTOS berserta CCRIS?
Ia adalah laporan kredit peribadi yang mengandungi maklumat terperinci mengenai hutang anda, rekod akaun kad kredit dan pinjaman seperti rekod pembayaran termasuk sebarang pembayaran tertunggak, had kredit atau jumlah pinjaman, baki akaun serta permohonan kredit baru. Kes undang-undang dan kebankrapan, maklumat pengarah, perdagangan dan hutang bukan bank (Rujukan Perdagangan) juga disenaraikan di dalam laporan kredit.

2. Mengapa saya harus menyemak laporan kredit saya?
Bank dan pemberi pinjaman menggunakan maklumat ini dalam proses penilaian kredit mereka sebelum meluluskan sebarang permohonan kredit seperti kad kredit dan pinjaman. Dengan mengetahui maklumat yang terkandung dalam laporan kredit anda, ia dapat membantu anda mengenal pasti perkara yang harus diperbaiki supaya pinjaman anda diluluskan dengan cepat. Kepentingan mempunyai laporan kredit yang baik tidak terhad kepada produk kewangan sahaja. Tuan tanah juga boleh menyemak laporan kredit anda untuk memutuskan sama ada mereka patut menyewa hartanah kepada anda atau tidak. Sesetengah majikan menyemak laporan kredit untuk menilai calon sebagai sebahagian daripada proses permohonan pekerjaan.

3. Bolehkah bukan warganegara Malaysia mendapatkan laporan percuma?
Bukan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia dan mempunyai kemudahan kredit dengan institusi kewangan di Malaysia juga layak untuk mengambil bahagian.