Bagaimana cara meningkatkan skor CTOS anda?

Adakah skor CTOS anda tidak setinggi yang anda inginkan? Adakah anda mahu skor yang lebih baik? Usah bimbang, anda boleh mengambil langkah-langkah untuk meningkatkan skor kredit anda, tidak kira berapa rendah skor tersebut pada asalnya. Skor anda tidak mungkin meningkat dengan serta-merta, tetapi dengan perancangan yang baik dan tabiat kredit yang bertanggungjawab, skor anda akan bertambah baik secara beransur-ansur.

Berikut adalah beberapa tip mudah mengenai cara-cara meningkatkan skor CTOS anda:

howtoimproveyourctosscoreimage4Membayar bil anda tepat pada masanya
Cuba bayar bil anda tepat pada masanya setiap bulan. Jika anda menggunakan kad kredit, pastikan anda membuat bayaran minima setiap bulan jika anda tidak mampu membayar jumlah keseluruhannya. Jika anda terlepas buat bayaran walaupun hanya satu atau dua bulan, perkara ini akan muncul dalam laporan kredit anda. Tidak mengapa jika anda pernah terlepas pembayaran pada masa lalu – langsaikan bayaran tertunggak dan teruskan membuat bayaran tepat pada masanya.

 

howtoimproveyourctosscoreimage3Memastikan amaun yang dihutang rendah
Pastikan jumlah yang dihutang rendah dan buatlah bayaran bulanan anda dengan berdisiplin sehingga amaunnya semakin berkurang. Mengekalkan disiplin dalam tabiat pembayaran anda akan memastikan hutang anda berkurangan. Tambahan pula, apabila membuat permohonan untuk pinjaman, jangan memohon jumlah yang lebih daripada yang anda benar-benar perlukan. Ingat, jumlah pinjaman yang anda pohon akan dikenakan faedah dan masih perlu dilangsaikan.

 

Perbaiki rekod kredit anda jika anda pernah menghadapi masalah
Ia adalah penting untuk memperbaiki rekod kredit anda, terutamanya jika anda pernah mempunyai isu-isu kredit. Mengabaikan masalah kredit hanya akan menyebabkan lebih banyak isu dalam jangka masa panjang. Sementara itu, elakkan mengambil langkah yang drastik, seperti menutup semua akaun kad kredit yang tidak digunakan dengan serta-merta atau membuka banyak akaun baru. Jika anda menghadapi kesulitan menguruskan kesihatan kredit anda, anda boleh berjumpa dengan penasihat atau kaunselor kredit atau cuba perkhidmatan kewangan untuk panduan dan untuk mengetahui langkah-langkah seterusnya yang perlu anda ambil.。

Untuk tip lebih lanjut, tonton video kami:

 

how to improve ctos score