Semarakkan kasih sayang dengan skor kredit yang baik

Tarikh 14 Februari sering dikaitkan dengan kasih sayang. Ia boleh dianggap sebagai permulaan baru dengan insan yang disayangi, atau ia boleh memainkan peranan
untuk mengeratkan lagi hubungan yang semakin serius.

Ramai yang memilih tarikh ini untuk lamaran perkahwinan – ya, tarikh ini merupakan yang paling popular untuk tujuan ini.

Memandangkan tahap komitmen yang diperlukan dalam hubungan serius, beberapa perkara penting harus dipertimbangkan, misalnya kesihatan kredit anda. Ia adalah baik untuk bermula dengan cara betul, terutamanya jika anda merancang untuk mengambil langkah besar yang seterusnya dalam kehidupan peribadi anda, seperti bertunang atau berkahwin. Menurut kajian terkini, sebab utama terjadinya perceraian di Malaysia ialah masalah kewangan.

Jadi, bagaimanakah cara memastikan kesihatan kredit anda dalam keadaan baik? Bagaimana caranya bermula?

Berikut adalah beberapa tip ringkas:

1) Semak Laporan MyCTOS Score anda

Laporan MyCTOS Score anda akan memaparkan pelbagai jenis maklumat kredit selain daripada CTOS Score anda. Misalnya, ia akan memaparkan jenis pinjaman yang anda miliki, jumlah tunggakan hutang, jika anda telah terlepas pembayaran pada masa lalu, jika terdapat prosiding litigasi terhadap anda dan sebagainya. Ianya amat penting untuk meneliti laporan kredit anda dengan sempurna. Juga, pastikan untuk menyemak sama ada laporan anda mempunyai apa-apa maklumat yang salah atau tidak tepat.

CTOS Score adalah nombor 3-digit yang mewakili status kredit anda dari sudut pandangan pihak bank dan para peminjam, jadi anda perlu tahu kedudukan kredit anda terlebih dahulu. Skor anda adalah petunjuk yang baik untuk mengetahui langkah-langkah pembetulan yang perlu anda ambil untuk memperbaiki kesihatan kredit anda.

2) Menilai hutang anda dan merancang untuk pembelian besar

Semak jumlah hutang dan pinjaman anda. Adakah amaunnya terlalu tinggi untuk anda membuat pembayaran setiap bulan? Adakah anda sering terlepas bayaran bulanan anda? Pastikan jumlah hutang anda rendah supaya anda tidak bersusah-payah untuk membayar hutang anda.

Mulakan perancangan awal untuk pinjaman yang anda mungkin ingin memohon pada masa depan. Sebagai contoh, anda mungkin ingin membeli hartanah atau memohon pinjaman peribadi untuk membiayai perkahwinan anda. Adalah lebih baik jika anda menyelesaikan sebahagian hutang terlebih dahulu jika anda ingin memohon pinjaman besar pada masa akan datang.

3) Mula mengambil langkah awal untuk memperbaiki kesihatan kredit anda

Sekiranya skor kredit anda tidak setinggi yang anda harapkan, jangan risau. Anda boleh mula mengambil langkah awal untuk meningkatkan skor anda. Untuk menjadikan skor kredit anda lebih tinggi, anda perlu membuat bayaran ansuran hutang anda secara konsisten dan jangan terlepas bayaran balik bulanan anda. Buat komitmen untuk membayar sekurang-kurangnya jumlah minimum setiap bulan untuk pembayaran pinjaman dan hutang.

Jika anda membayar komitmen bulanan anda tepat pada masanya, skor kredit anda akan meningkat secara beransur-ansur. Sekiranya anda pernah terlepas bayaran pada masa lalu, langsaikan hutang yang tertunggak terlebih dahulu dan teruskan membayar secara konsisten. Amalan yang baik untuk masa depan ialah untuk berfikir dengan teliti sebelum anda memohon kredit baru – jangan meminta lebih banyak daripada yang anda benar-benar perlukan. Ingat, jumlah pinjaman dan kredit yang diluluskan kepada anda bererti anda harus membayar faedah serta jumlah hutang keseluruhannya, jadi jangan mengambil risiko dengan meminjam lebih daripada kemampuan anda.