Sekiranya anda tidak tahu mengenai cabaran 52 minggu, ianya amat mudah. Anda bermula pada Minggu 1 dengan menyimpan RM1. Kemudian, pada Minggu 2 anda menyimpan RM2, Minggu 3 anda menyimpan RM3 dan seterusnya. Pelannya adalah untuk menambah satu ringgit setiap minggu sehingga anda berjaya menabung RM52 pada minggu terakhir tahun ini. Jangan risau jika anda tidak bermula pada awal tahun ini, kerana kaedah ini masih merupakan cara yang baik untuk memupuk tabiat menyimpan wang!
Anda berasa anda mampu menabung jumlah yang lebih besar? Tingkatkan jumlah simpanan anda setiap minggu! Anda boleh meminta rakan dan keluarga anda untuk turut serta bagi menggalakkan persaingan yang sihat.
Di samping itu, semak laporan MyCTOS Score anda secara berkala untuk mempunyai maklumat terkini mengenai kesihatan kredit dan kewangan anda.