Mungkin anda telah melihat laporan MyCTOS Score anda yang terkini serta skor kredit 3 digit semasa anda (CTOS Score anda), atau anda hanya ingin tahu: bagaimanakah sebenarnya CTOS Score dijana?

Skor kredit anda menunjukkan sama ada anda mempunyai rekod kestabilan kewangan dan pengurusan kredit yang bertanggungjawab. CTOS Score berjulat dari 300 hingga 850 – semakin tinggi skor, semakin baik pandangan bank dan pemberi pinjaman terhadap anda, terutama sekali jika anda ingin memohon pinjaman atau kad kredit. Jika anda belum lagi melihat laporan dan skor kredit anda yang dikemaskini, anda hanya perlu mendapatkan laporan MyCTOS Score terkini anda untuk tahu maklumat terkini mengenai kesihatan dan kedudukan kredit anda.

Berikut adalah factor-faktor yang diambil kira dalam penjanaan CTOS Score, berserta peratusan:

1. Rekod Pembayaran – 45%

Ini adalah komponen kredit utama yang paling penting dan ianya melihat sama ada anda berupaya membayar balik pinjaman yang diberikan kepada anda. Komponen ini mengambil kira fakotr-faktor berikut:

Adakah anda membayar bil-bil anda untuk setiap akaun pada laporan kredit anda tepat pada masanya? Lewat membayar bil boleh mengakibatkan kesan negatif pada skor anda.

Sekiranya anda terlambat membayar bil, berapa lewatkah anda – 30 hari, 60 hari atau lebih daripada 90 hari? Semakin lambat pembayaran bil, semakin negatif untuk skor anda.

Adakah mana-mana akaun anda ditolak ke situasi pengumpulan? Ini ialah petunjuk kepada pemberi pinjaman; ia bermakna anda berkemungkinan tidak membayar balik pinjaman anda.

Adakah anda mempunyai sebarang penyelesaian hutang, kebankrapan, ‘foreclosure’, guaman atau penghakiman terhadap kamu? Ini adalah beberapa perkara yang paling buruk untuk laporan kredit anda, dari perspektif pemberi pinjaman.

2. Jumlah Hutang – 30%

Komponen kredit yang kedua penting ialah berapa banyak yang anda hutang. Faktor-faktor berikut diambil kira:

Jumlah kredit yang anda gunakan dari jumlah yang diperuntukkan. Jumlah yang kurang adalah lebih baik. Pemberi pinjaman ingin melihat bukti bahawa jika anda meminjam wang, anda juga cukup bertanggungjawab untuk membayarnya kembali.

Berapa banyak yang anda berhutang pada jenis akaun tertentu, seperti gadai janji, pinjaman kenderaan, kad kredit dan akaun ansuran? Adalah baik untuk mempunyai campuran kredit yang berbeza yang boleh anda urus secara bertanggungjawab.

Berapa banyak yang anda berhutang secara keseluruhannya, dan berapa banyak yang anda hutang berbanding dengan jumlah asal pada akaun ansuran? Sekali lagi, jumlah yang kurang adalah lebih baik.

3. Jangkamasa Rekod Kredit – 7%

Skor kredit anda juga mengambil kira tempoh dan jangkamasa yang anda telah menggunakan kredit. Selama berapa tahunkah anda menggunakan kredit? Bilakah akaun anda yang paling lama dibuka, dan apakah umur purata semua akaun anda?

Sejarah panjang akan dapat membantu jika tiada rekod menunjukkan bayaran lewat dan sebagainya. Namun, jangkamasa atau tempoh rekod kredit yang pendek tidak semestinya buruk, asalkan anda membayar bil-bil tepat pada masanya dan tidak berutang terlalu banyak.

4. Jenis-jenis Kredit – 14%

CTOS Score anda mengambil kira campuran pelbagai jenis kredit seperti kad kredit, pinjaman ansuran dan gadai janji. Ia juga melihat jumlah akaun yang anda miliki. Oleh kerana ini adalah sebahagian kecil daripada komponen skor anda, jangan risau jika anda tidak mempunyai akaun dalam setiap kategori, dan jangan buka akaun baru hanya untuk meningkatkan campuran jenis kredit anda.

5. Kredit Baru – 14%

Komponen terakhir dalam menentukan skor kredit anda adalah sama ada anda mempunyai jumlah akaun atau kredit baru. Skor anda bergantung kepada jumlah akaun baru yang telah anda gunakan baru-baru ini dan tarikh anda membuka akaun baru yang terakhir.

Jika anda telah membuka beberapa akaun baru-baru ini, tanggapan ialah bahawa anda boleh menjadi risiko kredit yang lebih besar; orang cenderung untuk membuka akaun baru apabila mereka mengalami masalah kewangan atau merancang untuk mendapatkan pinjaman baru berjumlah besar.

Menyemak laporan kredit penuh anda secara berkala merupakan amalan yang baik supaya anda tahu kedudukan kredit anda. Sebagai contoh, jika CTOS Score anda rendah, anda mempunyai peluang untuk mula mengambil langkah awal untuk memperbaikinya sebelum langkah kewangan anda yang seterusnya, misalnya memohon pinjaman.