Berjimat sejauh mana yang boleh
Sebaik sahaja anda selesai menganalisis perbelanjaan bulanan anda dan melihat kategori, sudah tiba masanya untuk berjimat di mana yang boleh. Anda tidak semestinya perlu menghentikan setiap aktiviti yang menyeronokkan, seperti berhenti membeli kopi harian anda dari kafe kegemaran anda. Kuncinya adalah untuk mencari keseimbangan dimana anda masih dapat menikmati wang anda tanpa berbelanja berlebihan.
Jika analisis menunjukkan bahawa anda telah melakukan pembelian impulsif, ini adalah peluang yang baik untuk mula mengurangkannya. Pinjaman perumahan biasanya merupakan perbelanjaan terbesar bagi kebanyakan orang, jadi terokai pilihan pembiayaan semula rumah anda, kurangkan perbelanjaan atau berpindah ke kawasan kejiranan yang lebih berpatutan.