Beli Sekarang, Bayar Kemudian – 4 perkara yang perlu anda tahu sebelum membeli-belah

Pernahkah anda melihat pilihan pembayaran baru apabila anda menyemak pembelian anda? Kini terdapat pelbagai platform Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) untuk kegunaan rakyat Malaysia. Platform BNPL membolehkan anda membuat pembelian dengan membahagikan kos kepada ansuran bulanan, biasanya pada kadar faedah 0%. Sesetengah platform membenarkan anda menangguhkan bayaran sehingga hujung bulan atau bulan berikutnya. Syaratnya ialah anda mungkin dikenakan yuran pembayaran lewat jika anda tidak membuat pembayaran tepat pada masanya.

Walaupun BNPL boleh memudahkan anda untuk membeli produk dan perkhidmatan tertentu, ia juga penting untuk memastikan anda tidak terlanjur berbelanja. Berikut ialah 4 perkara yang perlu anda tahu sebelum anda membeli-belah menggunakan perkhidmatan BNPL:

Memahami pilihan pembayaran dan terma

Beberapa platform BNPL membolehkan anda membahagikan kos pembelian kepada beberapa bayaran yang perlu dilangsaikan setiap 2 minggu. Jika anda membuat semua pembayaran tepat pada masanya dan sepenuhnya, anda biasanya tidak akan membayar sebarang yuran atau faedah.

Sesetengah syarikat juga menawarkan pinjaman jangka panjang, yang boleh merangkumi 3 – 36 bulan. Bergantung pada perkhidmatan yang anda gunakan, pinjaman ini mungkin termasuk caj faedah sebagai tambahan kepada harga pembelian asal. Baca butiran dan syarat pembayaran sebelum menggunakan perkhidmatan BNPL supaya anda tahu apa yang mungkin bakal terjadi.

Semak sama ada terdapat sebarang bayaran atau penalti

Sesetengah syarikat BNPL mengenakan yuran pembayaran lewat. Pihak lain mengenakan penalti jika terlepas pembayaran atau gagal membuat bayaran sepenuhnya. Syarikat BNPL tertentu mungkin menghantar hutang yang belum dibayar kepada syarikat pemungut hutang dan melarang pelanggan daripada menggunakan perkhidmatan mereka semula. Jangan lupa menjejaki tarikh akhir pembayaran anda, sama seperti jenis pinjaman yang lain.

Baca polisi pulangan

Dalam kes tertentu, jika anda memulangkan barangan yang dibeli balik kepada penjual asal, anda mungkin masih perlu meneruskan pembayaran pinjaman anda sehingga pemulangan bayaran diproses. Pastikan anda menyemak dokumen syarat pinjaman anda dan halaman Soalan Lazim syarikat untuk memahami polisi pemulangan sepenuhnya.

Jangan lupakan bajet anda

Amatlah penting untuk mengambil kira bajet (belanjawan) dan pelan kewangan jangka panjang anda.

Membahagikan kos pembayaran asal mungkin menjadikan pembelian tertentu kelihatan lebih berpatutan.

Namun, berhati-hatilah agar tidak terjebak dalam perangkap berbelanja berlebihan. Bila digunakan secara bertanggungjawab, BNPL boleh menjadi kaedah untuk membantu anda mencapainya matlamat kewangan anda.

Laporan MyCTOS Score

Dapatkan laporan MyCTOS Score anda yang terkini untuk mengetahui jumlah baki tertunggak untuk semua kad kredit anda, termasuk kad yang telah anda gunakan untuk pembelian BNPL, jadi ianya menjadi lebih mudah untuk menjejaki perbelanjaan anda.