Terlebih belanja? Betulkannya sekarang!

Anda telah merancang bajet (belanjawan) dengan niat menambah baik situasi kewangan anda, tetapi sesuatu telah berlaku dan anda telah melebihi bajet anda. Jangan biarkan tekanan kewangan menambahkan lagi ketegangan kepada keadaan. Sebaliknya, ambil langkah-langkah berikut untuk memulihkan bajet anda:

Buat penilaian tentang apa yang telah berlakuKetahui apa yang telah berlaku yang menyebabkan belanjawan yang anda dirancang dengan teliti telah tersasar. Adakah ia hanya satu perkara, atau gabungan faktor seperti pembelian impuls berganda dan perbelanjaan kecemasan? Sebaik sahaja anda tahu tentang perkara ini, anda boleh membuat keputusan perbelanjaan yang lebih tepat pada masa akan datang.
Kurangkan perbelanjaan buat sementara waktuUntuk mengimbangkan semula bajet akibat jumlah yang anda telah terlebih belanja, anda mungkin perlu mengurangkan sesetengah perbelanjaan atau aktiviti tertentu sehingga kembali ke landasan yang betul. Sebagai contoh, anda boleh memasak setiap hari untuk mengelakkan perbelanjaan tambahan makan di luar, atau membatalkan rancangan hiburan selama sebulan.
Sediakan dana kecemasan yang fleksibelKetepikan sejumlah wang setiap bulan untuk perbelanjaan kecemasan, berasingan dari akaun simpanan jangka panjang anda. Ini adalah supaya anda mempunyai jaring keselamatan sekiranya anda memerlukan wang tunai dengan segera.
Jejaki perkembangan andaMenjejaki perbelanjaan anda selalunya merupakan langkah pertama dalam mengatur kewangan anda. Dengan memahami semua perbelanjaan anda serta jumlahnya, anda boleh melihat dengan tepat ke mana wang tunai anda dibelanjakan dan apa yang boleh anda kurangkan. Cuba gunakan aplikasi belanjawan untuk membantu anda, seperti Mint atau Personal Capital.

Ketahui gambaran kewangan penuh anda dengan laporan MyCTOS Score

Selain menjejaki perbelanjaan anda dan menggunakan aplikasi yang memaparkan situasi kewangan anda yang penuh, semak skor kredit anda secara berkala melalui laporan MyCTOS Score untuk melihat bagaimana tabiat pengurusan kredit anda juga boleh membuahkan hasil. Sebagai contoh, anda boleh menjejaki cara kelayakan kredit anda berubah mengikut masa apabila anda membayar hutang dan terus membuat semua bayaran tepat pada masanya. Anda mungkin juga layak mendapat kadar dan syarat pinjaman yang lebih baik jika anda perlu memohon pinjaman.