Bolehkah anda hidup tanpa kredit?

Sememangnya boleh, tetapi tidak disyorkan kerana ianya lebih berfaedah untuk menggunakan kredit dengan cara yang boleh memanfaatkan anda. Anda boleh menggunakan kad kredit secara bijak dan bertanggungjawab untuk membina rekod kredit, tingkatkan campuran jenis kredit serta skor kredit anda untuk meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan kelulusan pinjaman, penjimatan wang kerana kadar faedah yang lebih rendah dan banyak lagi.

Menjalani kehidupan anda sepenuhnya tanpa kredit boleh dilakukan, tetapi ia boleh menyebabkan anda mengalami pelbagai jenis cabaran dalam jangka masa panjang.

Cabaran hidup tanpa kredit

Lebih susah untuk mendapatkan pinjaman. Kebanyakan orang tidak mampu membayar pembelian besar (seperti rumah atau kenderaan) secara tunai dan perlu memohon pinjaman. Tanpa sebarang rekod kredit atau skor, amat sukar dan rumit untuk mendapatkan kelulusan pinjaman daripada bank atau pemberi pinjaman.

Tiada akses kepada kredit untuk kegunaan kecemasan. Jika anda memerlukan dana segera dan tidak mempunyai wang tunai yang mencukupi untuk menampung kecemasan (seperti untuk rawatan perubatan), mempunyai kad kredit adalah sangat membantu dan mudah, serta boleh membantu anda menyelesaikan isu tersebut dengan lebih cepat.

Kerumitan semasa melancong. Tanpa kad kredit, perkara mudah seperti percubaan menempah hotel atau kereta sewa boleh menimbulkan kerumitan. Anda perlu melakukan banyak persediaan seperti merancang secara lebih awal dan menyemak sama ada kad debit anda akan diterima di tempat yang anda akan lawat. Anda juga mungkin perlu membawa jumlah wang tunai yang besar bersama anda dan mempunyai wang simpanan yang mencukupi dalam akaun bank anda.

Mencari tempat sewa mungkin lebih susah. Ini boleh menyebabkan cabaran kerana banyak agensi penyewaan akan menolak pemohon yang tidak mempunyai rekod kredit dan skor kredit. Pihak lain pula mungkin akan meminta lebih banyak wang sebagai bayaran pendahuluan atau mendesak anda mencari ‘cosigner’ atau penjamin.

Bagaimana skor kredit yang baik boleh membantu anda

Walaupun anda tidak bercadang untuk memohon pinjaman dalam jangka masa pendek, mempunyai skor kredit yang baik masih boleh memudahkan kehidupan anda. Baca lebih lanjut mengenai 5 sebab untuk mempunyai skor kredit yang baik.

Semak laporan MyCTOS Score anda yang terkini untuk mengetahui status kesihatan kredit anda, tingkatkan peluang anda untuk mendapatkan kelulusan pinjaman dan menyelesaikan sebarang isu kredit secara lebih awal, seperti skor kredit yang rendah atau bayaran tertunggak.

Ketahui cara membina kredit

Anda boleh membina kredit, walaupun anda bermula dari awal. Ketahui caranya di sini.