Skor kredit yang baik boleh memberikan anda banyak manfaat termasuk ganjaran dan penjimatan serta akses kepada pinjaman dan kad kredit dengan terma terbaik.
Berikut adalah 5 manfaat memiliki skor kredit yang baik:
1. Peluang kelulusan pinjaman / kad kredit lebih tinggi
Memiliki skor kredit yang sihat menunjukkan bahawa anda bertanggungjawab dan rajin membayar bil anda. Dengan itu, bank dan pemberi pinjaman lebih cenderung untuk meluluskan permohonan anda.
2. Jimat wang melalui kadar faedah
Skor kredit anda mempunyai peranan dalam menentukan kadar faedah anda. Oleh itu, pastikan skor kredit anda setinggi yang mungkin untuk menikmati kadar yang lebih rendah.
3. Akses kepada tawaran kad kredit yang lebih baik
Kad kredit terbaik yang dilengkapi dengan kelebihan menarik seperti yuran tahunan sifar, kadar faedah yang rendah, ganjaran tinggi dan pulangan tunai tidak hanya memerlukan pendapatan tinggi. Anda juga memerlukan skor kredit yang tinggi untuk memenuhi syarat mereka.
4. Kelebihan dalam perundingan
Skor kredit yang baik menunjukkan kepada bank dan pemberi pinjaman bahawa anda mampu membuat bayaran bulanan tepat pada masanya dan secara konsisten. Anda boleh berunding untuk kadar faedah yang lebih rendah atau pelan pembayaran balik yang lebih baik.
5. Dapatkan had kredit yang lebih tinggi
Salah satu manfaat utama skor kredit yang sihat adalah lebih mudah bagi bank atau pemberi pinjaman untuk mempercayai anda dengan had kredit yang lebih tinggi. Skor kredit yang sihat mewakili kemampuan anda untuk membayar bil anda tepat pada waktunya. Jadi, anda boleh menggunakannya untuk meminta had kredit yang lebih tinggi secara sementara ataupun kekal.
Semak laporan MyCTOS Score anda yang terkini untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan kelulusan pinjaman dan meyelesaikan sebarang isu kredit secara awal seperti skor kredit yang rendah atau bayaran tertunggak.