Sebaiknya anda patut menyemak skor kredit anda secara berkala supaya boleh mengawal kredit dan kewangan anda sepenuhnya.
Berikut adalah 5 sebab mengapa anda harus menyemak skor kredit anda dengan kerap:
1. Fahami kedudukan kredit semasa anda dengan lebih baik.
CTOS Score anda mewakili kepercayaan kredit anda dan kemungkinan anda untuk mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman. Sekiranya skor anda tidak setinggi yang anda inginkan, anda boleh menangguhkan permohonan sehingga skor anda bertambah baik.
2. Jaga dan pastikan kredit anda dalam keadaan baik.
Tabiat memantau skor kredit anda akan menjadikan anda lebih bertanggungjawab terhadap kredit anda dan membuat anda lebih cenderung untuk mengawasi skor anda. Anda juga boleh memastikan skor anda bersedia untuk masa ketika anda memerlukannya, misalnya untuk penyemakan latar belakang bagi permohonan pekerjaan atau proses penyaringan penyewa.
3. Ketahui lebih lanjut mengenai apa yang boleh dilihat oleh bank dan pemberi pinjaman.
Ketahui apa yang mereka boleh lihat (seperti rekod CCRIS anda) sebelum anda memohon pinjaman atau kad kredit supaya anda boleh tahu peluang anda untuk mendapatkan kelulusan pinjaman.
4. Ketahui apa yang menaikkan atau menurunkan skor anda.
Dengan memantau skor anda, anda boleh melihat aktiviti apa yang mempengaruhinya. Sebagai contoh, anda mungkin mendapati bahawa tindakan menyelesaikan bayaran tertunggak boleh meningkatkan skor anda dalam jangka masa panjang.
5. Mengesan maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap.
Laporkan maklumat yang tidak tepat kepada Agensi Pelaporan Kredit dan sertakan dokumen sokongan (jika ada). Mereka akan membuat sisasatan lanjut dan membantu anda membetulkan ketidaktepatan sekiranya diperlukan.
Semak laporan MyCTOS Score anda yang terkini untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan kelulusan pinjaman dan meyelesaikan sebarang isu kredit secara awal seperti skor kredit yang rendah atau bayaran tertunggak.