Membayar Hanya Bil Terpilih dan Mengabaikan Yang Lain
Apabila anda yakin maklumat dalam laporan kredit anda adalah tepat dan anda perlu memperbaiki skor kredit anda, mulakan dengan membayar semua kredit anda tepat pada masanya dan mengekalkan corak pembayaran yang konsisten. Jangan hanya membayar bil-bil yang lebih besar berdasarkan angappan bahawa bayaran yang lebih besar adalah lebih penting. Realitinya tidak semestinya begitu.
Tabiat kewangan dan penbayaran kredit secara konsisten bermakna anda harus membayar semua bil anda tepat pada masanya, bukan hanya melangsaikan satu demi satu. Berikan setiap komitmen anda secara teratur walaupun ini bermakna anda tidak akan menyelesaikan semua hutang dengan cepat. Skor kredit anda adalah dipengaruhi oleh tabiat pembayaran anda, jadi selagi anda membayar bil-bil anda pada masanya, skor anda akan bertambah baik secara beransur.
Meneruskan Tabiat Kewangan Lama Anda
Jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, kemungkinan besar ini disebabkan oleh tabiat pembayaran bil dan tingkah laku anda sehingga kini. Sebaiknya, teliti corak perbelanjaan dan pembayaran balik anda pada masa lalu. Kemudian, buat perubahan untuk memastikan anda membayar semua bil dan obligasi kredit tepat pada masanya. Sebaik sahaja anda selesai melangsaikan bayaran-bayaran bil tertunggak yang lalu, jangan lupa meneruskan kelakuan berdisiplin tersebut – konsistensi ini akan memastikan skor kredit anda bertambah baik.
Memohon Lebih Banyak Pinjaman
Memfokuskan diri hanya untuk membayar hutang boleh mengakibatkan kesan negatif pada aliran tunai anda. Anda mungkin terpengaruh untuk memohon pinjaman penyatuan (‘consolidation loan’) untuk membantu anda. Walaupun jenis pinjaman ini mungkin dapat meringankan beban servis pinjaman dan menurunkan kadar faedah anda, jangan lupa untuk memastikan anda membayarnya secara penuh sebelum kadar faedah untuk anda meningkat.
Malah, selain pinjaman penyatuan, anda tidak perlu memohon pinjaman baru lain apabila cuba membaiki skor kredit anda.
Tidak Menyemak Laporan Kredit Anda
Apabila anda berjaya melangsaikan bayaran-bayaran bil tertunggak yang lalu, jangan lupa memeriksa laporan kredit anda secara berkala. Ini akan membantu anda mengetahui maklumat kredit anda yang terkini untuk tujuan pembayaran balik bil, dan juga membantu anda semak jika skor anda telah bertambah baik atau sebaliknya.
Memeriksa laporan kredit anda tidak sukar. Cara yang paling mudah dan cepat adalah untuk melawat laman web CTOS dan mendaftar CTOS ID secara online. CTOS ialah Agensi Pelaporan Kredit yang membantu mengumpul dan melaporkan maklumat kredit di Malaysia. Ia menawarkan laporan MyCTOS Score – laporan kredit komprehensif yang dapat membantu memahami kesihatan kredit anda dengan lebih
mendalam dan mengenalpasti langkah-langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan skor kredit anda.
Laporan MyCTOS Score mengandungi butiran peribadi anda, rekod CCRIS, informasi pengarah, rekod tindakan undang-undang, bilangan kali anda telah dicari, serta skor CTOS anda – skor kredit yang berjulat antara 300 (terendah) dan 850 (tertinggi).
Ketahui lebih lanjut mengenai laporan MyCTOS Score di sini.