Adakah benar bahawa skor kredit yang baik memainkan peranan yang penting dalam kelulusan pinjaman? Ringkasnya-ya, ia memang memberi perbezaan. Walaupun terdapat beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh bank dan pemberi pinjaman sebelum meluluskan atau menolak permohonan pinjaman, skor kredit yang baik boleh meningkatkan peluang anda untuk berjaya dalam permohonan pinjaman.  

Kajian Terkini CTOS Dedahkan Pengguna dengan Skor Kredit Tinggi Lima Kali Lebih Berpeluang Mendapat Kelulusan Pinjaman 

Menurut Kajian Skor CTOS vs Kadar Kelulusan Pinjaman 2024, mereka yang mempunyai Skor CTOS yang tinggi mencatatkan kadar kelulusan 74% untuk pinjaman kenderaan dan 61% untuk pinjaman perumahan. Sebaliknya, mereka yang mempunyai Skor CTOS yang rendah hanya mempunyai 9% peluang untuk mendapatkan pinjaman kenderaan, dan kadar kelulusan 22% untuk pinjaman perumahan. Kajian ini, yang melibatkan lebih 250,000 permohonan pembiayaan dalam tempoh sebulan selepas laporan MyCTOS Score diperiksa, turut menonjolkan jurang kelulusan pinjaman antara kategori skor CTOS yang berbeza. Perbezaan paling ketara berlaku dalam permohonan kad kredit-pengguna dengan Skor CTOS yang lemah hanya mempunyai peluang 10% untuk diluluskan, manakala mereka dengan skor cemerlang memiliki kadar kelulusan setinggi 76% 

Cara Meningkatkan Skor CTOS Anda 

Jika skor CTOS anda tidak seperti yang anda harapkan, jangan risau. Anda masih boleh mengambil langkah untuk memperbaiki skor kredit anda, tidak kira seteruk mana sekalipun. Skor anda mungkin tidak akan meningkat serta-merta, tetapi dengan perancangan yang baik dan tingkah laku kredit yang bertanggungjawab, skor anda akan meningkat secara beransur-ansur.  

Berikut ialah beberapa tip ringkas untuk meningkatkan skor CTOS anda:  

Bayar bil and tepat pada masanya 

Pastikan anda membayar semua bil bulanan tepat pada masanya. Jika menggunakan kad kredit, cuba bayar sekurang-kurangnya bayaran minimum setiap bulan jika tidak mampu melangsaikan semua baki. Kelewatan walaupun hanya sebulan atau dua akan muncul dalam laporan kredit anda. Jika anda pernah lewat sebelum ini, tidak mengapa-yang penting sekarang ialah pastikan anda terus membayar tepat waktu.  

Kekalkan jumlah hutang yang rendah 

Pastikan baki hutang anda sentiasa rendah, dan amalkan tabiat membayar hutang secara konsisten supaya jumlah yang anda hutang semakin berkurangan. Disiplin dalam pembayaran akan membantu skor kredit anda meningkat. Selain itu, semasa memohon pinjaman, jangan mohon lebih daripada yang anda perlukan. Ingat, setiap sen yang dipinjam akan dikenakan faedah dan perlu dibayar balik.  

Pulihkan sejarah kredit anda jika pernah bermasalah 

Adalah penting untuk membaiki sejarah kredit anda, terutamanya jika anda pernah menghadapi masalah. Mengabaikan atau menangguhkan masalah hanya akan memburukkan keadaan. Namun begitu, elakkan tindakan drastic seperti menutup banyak kad kredit tidak aktif secara tiba-tiba, membuka banyak kad baharu, atau membuka terlalu banyak akaun sekaligus. Jika anda sukar mengurus kesihatan kredit anda, berjumpalah dengan kaunselor kredit atau penasihat kewangan yang bertauliah untuk mendapatkan panduan dan mengetahui langkah pertama yang sesuai untuk diambil.  

Need Help With Your Loan? Let Direct Lending Be Your Trusted Partner

If you’re looking for a safe and transparent way to find the right loan for your needs, Direct Lending is here to help.

They’re more than just a loan platform – they are your loan expert, guiding you from start to finish. Whether it’s understanding your eligibility, comparing loan options or ensuring you avoid scams and illegal lenders, they have got you covered.

With Direct Lending, you get:

✅ Access to licensed lenders only

✅ Transparent loan comparisons—no hidden fees, no upfront payments

✅ Guidance on which loan suits your financial situation

✅ Support throughout your loan application process—from A to Z