Rekod pembayaran terdiri daripada rekod-rekod pembayaran hutang and obligasi kredit anda, termasuk bayaran yang dibuat tepat pada masanya, bayaran lewat dan bayaran tertunggak. Pernahkah anda tertanya: berapa pentingkah rekod pembayaran terhadap skor kredit anda? Jawapan ringkasnya: sangat penting. Malah, ianya merangkumi 45% daripada CTOS Score anda!
Beberapa pembayaran lewat tidak semestinya akan menjejaskan skor kredit anda. Rekod pembayaran keseluruhan yang baik boleh mengatasi satu atau dua pembayaran lewat. Walau bagaimanapun, rekod pembayaran anda hanya salah satu maklumat yang digunakan untuk menjana skor kredit anda.
Rekod pembayaran – 45% daripada CTOS Score anda
Ini adalah komponen terpenting dalam CTOS Score anda dan ianya mencerminkan sama ada anda berupaya membayar balik pinjaman yang diberikan kepada anda. Komponen ini mengambil kira faktor-faktor berikut:
- Adakah anda membayar bil-bil anda untuk setiap akaun pada laporan kredit anda tepat pada masanya? Lewat membayar bil boleh memberikan kesan negatif pada skor anda.
- Sekiranya anda terlambat membayar bil, berapa lewatkah anda – 30 hari, 60 hari atau lebih daripada 90 hari? Semakin lambat pembayaran bil, semakin negatif kesannya terhadap skor anda.
- Adakah mana-mana akaun anda di bawah bahagian pengumpulan hutang bank? Ini ialah petunjuk kepada pemberi pinjaman; ia bermakna anda berkemungkinan tidak membayar balik pinjaman anda nanti.
- Adakah anda mempunyai sebarang penyelesaian hutang, kebankrapan, ‘foreclosure’, tuntutan undang-undang atau penghakiman terhadap kamu? Ini adalah beberapa perkara yang paling memudaratkan dalam laporan kredit anda dari perspektif pemberi pinjaman.
Rumusannya, berikut adalah maklumat yang terkandung dalam rekod pembayaran anda:
Bayaran akaun: Rekod pembayaran kad kredit, pinjaman peribadi, pinjaman kereta dan pinjaman rumah.
Bayaran yang dibuat tepat pada masanya: Jumlah akaun anda tanpa mempunyai bayaran lewat akan membantu meningkatkan skor kredit anda.
Maklumat negatif: Rekod-rekod awam seperti rekod kebankrapan atau kes makamah, kutipan dan tunggakkan. Ketahui lebih lanjut mengenai tempoh rekod kebankrapan akan kekal dalam laporan kredit anda.
Tip-tip untuk memperbaiki rekod pembayaran dan CTOS Score anda:
Bayar bil-bil anda tepat pada masanya. Cuba bayar bil anda tepat pada masanya setiap bulan. Jika anda menggunakan kad kredit, pastikan anda membuat bayaran minima setiap bulan jika anda tidak mampu membayar jumlah keseluruhannya. Jika anda terlepas buat bayaran walaupun hanya satu atau dua bulan, perkara ini akan muncul dalam laporan kredit anda. Tidak mengapa jika anda pernah terlepas pembayaran pada masa lalu – langsaikan bayaran tertunggak dan teruskan membuat bayaran tepat pada masanya.
Pastikan amaun yang dihutang rendah. Pastikan jumlah yang dihutang rendah dan buatlah bayaran bulanan anda dengan berdisiplin sehingga amaunnya semakin berkurang. Mengekalkan disiplin dalam tabiat pembayaran anda akan memastikan hutang anda berkurangan. Tambahan pula, apabila membuat permohonan untuk pinjaman, jangan memohon jumlah yang lebih daripada yang anda benar-benar perlukan. Ingat, jumlah pinjaman yang anda pohon akan dikenakan faedah dan perlu dilangsaikan.
Perbaiki rekod kredit anda jika anda pernah menghadapi masalah. Ia adalah penting untuk memperbaiki rekod kredit anda, terutamanya jika anda pernah mempunyai isu-isu kredit. Mengabaikan masalah kredit hanya akan menyebabkan lebih banyak isu dalam jangka masa panjang. Sementara itu, elakkan mengambil langkah yang drastik, seperti menutup semua akaun kad kredit yang tidak digunakan dengan serta-merta atau membuka banyak akaun baru. Jika anda menghadapi kesulitan menguruskan kesihatan kredit anda, anda boleh berjumpa dengan penasihat, kaunselor kredit atau perkhidmatan kewangan untuk mendapatkan khidmat nasihat serta rujukan untuk mengetahui langkah-langkah seterusnya yang perlu anda ambil.
Semak laporan MyCTOS Score anda. Semak laporan kredit penuh anda secara berkala supaya anda boleh memantau kesihatan kredit anda. Dengan ini, anda boleh mengambil langkah awal jika anda mempunyai sebarang masalah atau isu kewangan.