Terdapat 3 jenis perisian perosak yang kerap digunakan:
Bagaimana caranya melindungi diri daripada perisian perosak?
1) Berhati-hati apabila ingin membuka e-mel, terutama sekali e-mel yang kelihatan mencurigakan.
2) Elakkan mengklik pautan dalam mesej teks melainkan anda pasti bahawa pautan tersebut dari sumber yang sahih dan bereputasi baik.
3) Jangan berkongsi maklumat di media sosial degan sewenang-wenangnya. Contohnya, jangan terus berkongsi sebarang pautan tanpa mengenalpastikan sumbernya.
4) Log keluar dari semua laman web setelah anda selesai. Anda mungkin terdedah kepada serangan perisian perosak jika anda tidak log keluar, terutama sekali jika anda menggunakan komputer awam.
Apakah langkah pencegahan yang berkesan?
Bimbang anda mungkin menjadi sasaran perisian ‘malware’? Sekiranya anda tidak pasti sama ada maklumat peribadi anda telah dicuri dan mungkin telah muncul di Jaringan Gelap, jangan risau kerana ada cara untuk mengetahuinya. Langgani CTOS SecureID. Ia memberikan perlindungan penipuan dan perkhidmatan pemantauan kredit yang boleh membantu melindungi anda daripada kecurian identiti dan penipuan. Anda akan menerima notifikasi untuk aktiviti yang mencurigakan, misalnya jika maklumat peribadi anda muncul di Jaringan Gelap dan banyak lagi.