Saringan untuk Kurangkan Risiko Pemungkiran Bayaran 

With close to 20 taxi companies in Klang Valley alone excluding private hire car companies, the competition for good drivers is stiff. So what better way for taxi companies to screen and sieve through the bad apples by subscribing to CTOS.

 

taxi_semarak_cab-min

Saringan untuk Kurangkan Risiko Pemungkiran Bayaran 

Dengan hampir 20 syarikat teksi di Lembah Klang sahaja, tidak termasuk syarikat kereta sewa persendirian, persaingan untuk mendapatkan pemandu yang baik amat sengit. Maka, cara terbaik bagi syarikat teksi untuk menapis dan mengelakkan pemandu bermasalah adalah dengan melanggan perkhidmatan CTOS. Semarak Cab Sdn. Bhd. merupakan salah satu syarikat yang menjalankan saringan teliti bagi mengelakkan kerugian akibat pemandu yang mempunyai rekod bayaran sewa teksi yang buruk. 

Semarak Cab Sdn. Bhd., yang ditubuhkan pada tahun 2009, merupakan anak syarikat Marlis Corporation Sdn. Bhd. Syarikat ini kini mempunyai sekitar 100 buah teksi, dengan kawasan operasi tertumpu di Lembah Klang sahaja. Sebagai pelanggan CTOS sejak Februari tahun ini, Semarak menggunakan CTOS bagi tujuan penilaian pemandu teksi mereka. 

Penilaian Pemandu 

Semarak menguruskan kebanyakannya teksi bermeter bajet, dan pendapatan utama syarikat datang daripada bayaran sewa teksi oleh pemandu. Sebelum melanggan CTOS, tiada sistem saringan yang betul untuk menilai pemandu teksi yang memohon bekerja di syarikat ini. Menurut Raihan Fitri Mohd Alias, Pengarah Semarak Cab, kira-kira 50 peratus pemandu – atau 6 daripada 10 orang – yang datang ke Semarak mempunyai hutang tertunggak dengan syarikat teksi lain yang pernah mereka sertai. 

“Sebelum melanggan CTOS, tiada saringan dilakukan, semua pemohon akan diterima. Mereka yang masih berhutang mengalami kesukaran untuk membayar sewa teksi kami kerana mereka masih cuba melunaskan bayaran kepada syarikat teksi terdahulu,” jelas Fitri. Kadar sewa harian bagi teksi Semarak adalah antara RM40 hingga RM50. 

Sejarah Terperinci 

Sebagai pelanggan CTOS, Semarak boleh menyemak sama ada seseorang pemandu telah disenaraihitamkan dan mendapatkan butiran mengenai jumlah tunggakan yang belum dijelaskan. “Dengan CTOS, kami dapat lakukan saringan yang betul dan menolak permohonan daripada pemandu yang benar-benar bermasalah agar kami tidak mengambil individu yang mempunyai rekod bayaran buruk,” kata Fitri. 

Namun begitu, Fitri tidak menolak kesemuanya, “Bergantung kepada keadaan, kami akan terima juga jika jumlah hutang hanya beberapa ribu ringgit.” Bagi mereka yang mempunyai saman JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) yang belum dijelaskan, mereka perlu menyelesaikannya terlebih dahulu sebelum dibenarkan menyertai Semarak. 

Pemandu sedia ada yang telah menyertai Semarak sebelum sistem CTOS digunakan kini dipantau rapi terhadap kelewatan pembayaran sewa. Sebilangan daripada mereka telah ditarik balik kenderaannya kerana tunggakan bayaran sewa yang melebihi tiga bulan. Sebahagian daripada mereka telah dimasukkan ke dalam platform eTR (electronic trade referencing) sebagai usaha untuk menggalakkan mereka melunaskan hutang tertunggak kepada Semarak.