Saringan Pelanggan Pacu Pertumbuhan Berterusan 

One of the key persistent myths about family businesses in South East Asia according to a study by NUS (National University of Singapore) on Asian Family Firms: Success and Succession is that family firms are small and cannot grow beyond a certain size.

makin_juta_bill_lee-min

 

Saringan Pelanggan Pacu Pertumbuhan Berterusan 

Salah satu mitos yang sering dikaitkan dengan perniagaan keluarga di Asia Tenggara menurut kajian oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) bertajuk Asian Family Firms: Success and Succession ialah bahawa syarikat milik keluarga adalah kecil dan tidak mampu berkembang melebihi saiz tertentu. Seperti syarikat-syarikat keluarga lain dalam kajian ini, Makin Juta Sdn. Bhd. telah membuktikan bahawa tanggapan ini tidak benar. Pengarah Eksekutifnya, Bill Lee Boon Piau, berkongsi sejarah awal syarikatnya dan bagaimana ia terus berkembang dengan bantuan CTOS. 

Makin Juta yang kita kenali hari ini sangat berbeza berbanding ketika ia bermula pada tahun 1972. Pada masa itu, ia hanyalah sebuah perniagaan besi buruk. Namun, bapa Lee tidak berpuas hati dengan hanya menjadi peniaga besi buruk. Sikapnya yang berwawasan tinggi mendorong beliau untuk menceburi bidang pemotongan plat keluli. 

Tekad yang Teguh 

Pada tahun 1976, hasil daripada lawatan perniagaan yang kerap oleh bapanya, syarikat yang dikenali sebagai Maju Jaya pada masa itu mula membekalkan paip yang menepati spesifikasi API (American Petroleum Institute) bagi projek mikro cerucuk di tapak pembinaan, di mana faktor seperti akses, alam sekitar dan geologi menghalang penggunaan kaedah cerucuk lain. Pada tahun 1989, apabila Maju Jaya dijenamakan semula sebagai Makin Juta Sdn. Bhd., ia mula membekalkan bukan sahaja kepada industri keluli tetapi juga kepada syarikat pembinaan dan pemaju hartanah. 

Permulaan yang sederhana bukan sahaja mencerminkan sejarah awal Makin Juta, malah juga perjalanan Lee ke tampuk kepimpinan syarikat keluarga yang erat ini, di mana kedua-dua abangnya turut terlibat dalam operasi harian. 

Selepas menamatkan pengajian dalam bidang pemasaran, Lee pulang ke Malaysia dan memulakan kerjayanya sebagai pekerja tapak bina di syarikat bapanya. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi budak pejabat. Tiga tahun kemudian, beliau dinaikkan lagi menjadi eksekutif jualan, namun beliau masih kekal menjalankan tugas-tugas sebagai budak pejabat. 

Hutang Berjaya Dituntut 

Berbekalkan pendekatan bapanya yang menekankan latihan secara langsung dan pengalaman sebenar, Lee mampu mengharungi pelbagai cabaran dalam dunia perniagaan. Salah satu cabaran besar yang dihadapi ialah pada tahun 2005 apabila syarikat mengalami kes tunggakan hutang pertama melebihi RM20,000. Pelanggan berkenaan memiliki dokumen yang sah dan berjanji akan membuat bayaran dalam tempoh yang ditetapkan. Bayaran awal dibuat dengan tepat, namun keadaan berubah selepas itu. 

“Saya mengambil keputusan untuk memulakan prosiding kebankrapan terhadap pelanggan tersebut selepas dia gagal dihubungi,” kata Lee. Beberapa tahun kemudian, bekas setiausaha pelanggan itu menghubungi Lee dan memohon agar nama pelanggan tersebut dikeluarkan dari pangkalan data CTOS kerana dia tidak dapat kembali ke Malaysia. 

“Melalui panggilan itu, saya pertama kali mendengar tentang CTOS,” jelas Lee. Beliau dan pasukannya kemudian menyediakan dokumen berkaitan untuk dihantar kepada CTOS selepas pelanggan tersebut menjelaskan keseluruhan tunggakan hutangnya. 

CTOS Kini Satu Keperluan 

Lee tidak terus melanggan CTOS selepas insiden tersebut. Ketika itu, ia belum dianggap sebagai satu keperluan. Namun lima tahun lalu, melanggan CTOS menjadi satu kewajipan dalam operasi perniagaan mereka. 

“Dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, kami berdepan lebih banyak cabaran dalam kutipan bayaran. Kes penipuan yang melibatkan identiti dan dokumen palsu semakin meningkat. Kami tidak lagi boleh mengelak daripada menggunakan CTOS,” dedah Lee. 

Pada masa ini, Lee menggunakan perkhidmatan CTOS terutamanya untuk penilaian dan saringan pelanggan berpotensi. “Menggunakan CTOS untuk menilai pelanggan Makin Juta telah menjadi sebahagian daripada proses penting dalam perniagaan kami,” simpul Lee. Beliau kini menantikan untuk melangkah ke fasa pemantauan pula, sebaik sahaja pasukannya cukup terlatih.