Cara yang baik untuk memulakan tahun baru adalah dengan resolusi supaya anda boleh terus berusaha untuk mencapai semua azam anda. Berikut adalah 5 resolusi Tahun Baru yang boleh anda pertimbangkan untuk tahun 2021.
1. Melabur dalam kebolehan diri sendiri
Ini adalah kaedah terbaik untuk menaikkan taraf diri anda dengan kemahiran baru yang berguna. Bukan itu sahaja, malah anda mempunyai banyak pilihan untuk melakukan ini secara percuma! Cari kursus-kursus atas talian yang percuma atau
sertai kelas aktiviti baru seperti kursus membuat kek dan pastri, pembinaan laman web, kelas bahasa dan sebagainya.
2. Gunakan bantuan kerajaan secara bertanggungjawab
Gunakan insentif dengan bijak. Jangan membelanjakan wang tersebut untuk membeli-belah atau perkara yang bukan keperluan. Sebaliknya, gunakannya untuk perkara yang penting seperti melunaskan hutang anda, perubatan atau keperluan dapur.
3. Utamakan kesihatan anda
Kesihatan yang baik adalah satu rahmat. Sekiranya anda jatuh sakit, anda tidak boleh melakukan sebarang aktiviti pada tahap optima. Pastikan anda mengamalkan pemakanan yang sihat dan sering bersenam. Awasi juga kesihatan mental anda supaya anda sentiasa sihat dan sejahtera.
4. Buat belanjawan dan jangan mengabaikannya
Rancang belanjawan yang realistik dan paling sesuai untuk anda mengikut pendapatan dan keperluan anda. Selepas itu, pastikan anda mengikut belanjawan tersebut. Jangan membelanjakan wang untuk perkara yang tidak perlu.
5. Tingkatkan kesihatan kredit dan skor kredit anda
Semak laporan MyCTOS Score anda yang dikemaskini secara berkala untuk
memastikan kesihatan kredit anda sentiasa terkawal. Laporan kredit anda akan
menunjukkan skor kredit anda yang terkini, bayaran tertunggak (jika ada), jumlah
hutang yang masih ada untuk setiap pinjaman dan banyak lagi.