Pandemik COVID-19 telah menimbulkan kebimbingan bagi konsumer di seluruh dunia, termasuk tekanan kewangan akibat kehilangan pekerjaan, pemotongan gaji dan sebagainya. Tekanan kewangan boleh menjejaskan kesihatan emosi dan fizikal. Oleh itu, ianya sangat penting untuk mengetahui cara mengatasinya dengan mengambil langkah untuk menangani krisis pandemik ini.
Berikut adalah beberapa tip untuk mengatasi tekanan kewangan:
- Bincang dengan orang yang anda percayai secara terbuka. Ini boleh membantu anda dan individu-individu di sekitar anda untuk memahami apa yang sedang berlaku dan mengenalpasti cara menanganinya bersama.
- Sediakan pelan dan bajet yang jelas dan realistic. Bekerjasama dengan ahli-ahli keluarga atau rakan-rakan serumah anda untuk menetapkan matlamat. Tetapkan had dan peraturan perbelanjaan, seperti hanya membeli barang keperluan buat masa ini. Anda mungkin ingin berkumpul dan berbincang dengan ahli keluarga bagaimana setiap individu boleh menyumbang untuk kestabilan kewangan keluarga.
- Kenal pasti masalah yang dihadapi dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Misalnya, jika anda menghadapi masalah untuk membuat pembayaran bulanan selepas tempoh moratorium 6 bulan, hubungi bank anda untuk mengetahui jika tunggakan pembayaran dapat dilanjutkan (jika boleh, untuk berapa lama) atau jika anda mempunyai pilihan untuk penstrukturan semula.
- Jaga kesihatan mental dan fizikal anda. Anda harus berada dalam keadaan stabil untuk berfikir secara jelas serta dapat menjaga diri dan insan tersayang dengan baik. Klik di sini untuk mendapatkan nombor yang boleh anda hubungi untuk mendapatkan kaunseling atau bantuan lain sepanjang tempoh PKP (MCO).
- Amalkan sikap proaktif dan hadapi sebarang cabaran. Contohnya, jika anda menghadapi masalah hutang, dapatkan nasihat profesional atau kaunseling kewangan untuk mengetahui cara menguruskan hutang anda. Anda boleh menghubungi AKPK, yang menawarkan kaunseling pengurusan kewangan dan hutang secara percuma.
Anda juga boleh mengurus kesihatan kredit anda dengan menyemak laporan kredit terkini anda. Dengan ini, anda akan lebih bersedia untuk masa depan kerana laporan kredit anda akan memaparkan tahap kesihatan kredit anda secara menyeluruh. Laporan anda akan membantu anda mengenalpasti sebarang isu kredit dan anda boleh membuat rancangan awal untuk meningkatkan tahap kesihatan dan skor kredit anda.
Dapatkan laporan MyCTOS Score anda hari ini untuk terus memantau kesihatan kredit anda.