Jaringan gelap adalah sebahagian daripada internet yang tidak diindeks oleh enjin carian. Ini bermakna bahawa sebahagian besar jaringan gelap adalah ‘tersembunyi’ kerana ia tidak dapat diakses secara mudah oleh pengguna internet biasa. Sebahagian besar jaringan gelap digunakan untuk aktiviti haram atau jenayah – contohnya, sesiapa pun boleh membeli nombor kad kredit yang dicuri, pelbagai jenis dadah, senjata, wang palsu, maklumat langganan pengguna lain, akaun video “streaming” yang digodam dan perisian yang dapat membantu pencuri menggodam komputer orang lain.
Disebabkan ciri-ciri kandungan jaringan gelap, anda boleh menghadapi risiko jika maklumat peribadi anda dicuri dan muncul di situ. Contohnya, laman-laman pada jaringan gelap mengandungi maklumat haram, termasuk maklumat yang dicuri, kandungan yang dilarang dan banyak lagi. Jika maklumat anda muncul di jaringan gelap, ia boleh memudaratkan anda dalam pelbagai cara. Ini kerana anda tidak akan tahu siapa yang akhirnya mendapatkan data anda, dan apa yang mereka ingin membuat dengannya.
Bagaimanakah CTOS SecureID melindungi saya dari jaringan gelap?
Sistem CTOS SecureID akan mengimbas jaringan gelap untuk mengenalpasti sama ada maklumat yang anda berikan secara sukarela telah muncul di situ. Sekiranya maklumat anda muncul di jaringan gelap, sistem kami akan menghantar notifikasi kepada anda. Anda boleh mengambil tindakan seterusnya untuk melindungi diri anda, seperti menukar kata laluan atau menutup akaun tertentu.