Bagaimana Cara Membuat Semakan CTOS

how to find out how your credit is doing

Cara Membuat Semakan CTOS image1

Artikel ini diterbitkan oleh imoney.my bersama CTOS.

Satu tanggapan salah yang biasa ialah tiada cara untuk mengetahui sama ada permohonan pinjaman anda akan diluluskan atau tidak terlebih dahulu. Jika permohonan anda ditolak, anda biasanya tidak akan tahu apa sebenarnya masalah dengan kredibiliti anda sebagai peminjam.

Selain itu, setiap kali pinjaman anda ditolak, kesihatan kredit anda akan terjejas kerana institusi kewangan yang lain akan dapat melihat rekod tersebut. Satu penolakan sudah cukup untuk memberi amaran kepada peminjam berikutnya dan anda mungkin ditolak lagi – ia seolah-olah satu putaran yang kejam untuk seseorang yang mempunyai kesihatan kredit yang meragukan.

Sebenarnya, anda boleh mengetahui kemungkinan anda diluluskan untuk pinjaman terlebih dahulu dengan memeriksa laporan kredit anda. Ini membolehkan anda mengetahui apa yang kurang baik dengan kredit anda dan bagaimana cara untuk memperbaikinya sebelum memohon bagi mengelakkan penolakan.

Anda boleh berbuat demikian dengan mengakses laporan CTOS anda, memeriksa jika terdapat sebarang masalah dalam laporan tersebut yang boleh menjejaskan permohonan kredit anda pada masa akan datang. Berikut adalah cara-cara paling berfaedah untuk membuat permohonan kredit, dan mengelakkan penolakan:

Apakah itu CTOS?

CTOS adalah sebuah Agensi Pelaporan Kredit yang didaftarkan di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. CTOS mengeluarkan laporan kredit (untuk individu dan syarikat) yang memaparkan rekod kredit mereka untuk tempoh 24 bulan lalu, maklumat tindakan undang-undang, pemilikan syarikat dan pengarah, dan juga testimoni daripada syarikat-syarikat yang pernah berurusniaga dengan mereka.

CTOS berfungsi secara dua hala – anda boleh menyemak laporan peribadi anda untuk memastikan kesihatan kredit anda berada dalam keadaan baik, manakala syarikat-syarikat (termasuk institusi kewangan) boleh menyemak laporan kredit anda untuk memastikan kelayakan anda untuk sebarang permohonan pinjaman atau kad kredit. Maklumat mengenai sejarah kredit anda akan membantu bank-bank menilai permohonan pinjaman anda dan membuat keputusan jika anda layak untuk diberikan pinjaman.

Sebelum memohon mana-mana pinjaman, anda boleh menilai profil kredit anda melalui CTOS untuk memastikan semua rekod kredit anda adalah jelas dan bebas daripada sebarang keraguan agar anda mempunyai peluang terbaik untuk mendapatkan kelulusan daripada bank.

Bagaimana untuk mendapatkan laporan MyCTOS PERCUMA secara online?

Laporan MyCTOS adalah laporan kredit peribadi anda oleh CTOS. Anda boleh mendapatkannya secara PERCUMA, tanpa perlu meninggalkan tempat duduk anda.

  1. Pendaftaran Akaun

Untuk mendapatkan laporan secara online, anda perlu mendaftar sebuah akaun di laman web CTOS. Anda boleh berbuat demikian dengan menyediakan nombor kad pengenalan (IC No.), alamat e-mel dan nyatakan pilihan bahasa anda (Inggeris, Melayu dan Cina).

Cara Membuat Semakan CTOS image2You will then be required to fill up on some details about you or your company.

Cara Membuat Semakan CTOS image3

Kemudian, lampirkan imej (depan dan belakang) MyKad anda untuk mengesahkan butiran anda, dan masukkan nombor telefon bimbit anda.

Pastikan anda memberikan nombor telefon bimbit yang betul. Ini adalah amat penting kerana kod pengesahan TAC akan dihantar ke telefon bimbit anda bagi melengkapkan proses pendaftaran.

Cara Membuat Semakan CTOS image4

Selepas penghantaran, satu e-mel pengesahan akan dihantar kepada anda untuk memaklumkan bahawa pendaftaran anda sedang disahkan.

Biasanya, pengesahan dilakukan pada hari yang sama, dan anda akan menerima satu lagi emel yang memaklumkan bahawa akaun anda telah disahkan, dan pendaftaran selesai.

Cara Membuat Semakan CTOS image5Sebaik sahaja anda menerima kod TAC anda, masukkannya untuk melengkapkan proses pendaftaran.

Cara Membuat Semakan CTOS image6

  1. Pengaktifan ID CTOS

CTOS memerlukan 3 jam waktu kerja untuk mengesahkan butiran anda dan menyediakan ID pengguna yang sah yang diperlukan untuk mengakses laporan CTOS anda.

Cara Membuat Semakan CTOS image7Anda akan menerima e-mel dari CTOS tentang butiran ID Pengguna anda melalui alamat emel yang anda berikan.

Cara Membuat Semakan CTOS image8To complete the registration process, login with your user ID and your password, and proceed to accept the terms and conditions.

Cara Membuat Semakan CTOS image9Pilih soalan keselamatan untuk memastikan akaun anda selamat dan tidak boleh diakses dengan mudah oleh orang lain.

Cara Membuat Semakan CTOS image10

  1. Mengakses Laporan MyCTOS Anda

Sekarang anda akan mempunyai akses penuh untuk melihat laporan CTOS anda. Laporan MyCTOS pertama diemelkan kepada anda secara percuma, tetapi anda juga boleh menyemaknya bila-bila masa di laman web CTOS.

Hanya log masuk ke laman web CTOS menggunakan nama log dan kata laluan anda, dan klik pada Laporan MyCTOS.

Cara Membuat Semakan CTOS image11

Anda juga akan menerima akaun emel khas untuk digunakan untuk tujuan CTOS.

Cara Membuat Semakan CTOS image12Untuk memudahkan anda melihat laporan CTOS anda, terdapat juga aplikasi mudah alih yang membolehkan anda menyemak laporan menggunakan telefon bimbit anda.

mobile login

Apa Maklumat yang Boleh Dilihat Oleh Institusi Kewangan dalam Laporan MyCTOS Anda?

Laporan CTOS terutamanya terdiri daripada maklumat pengesahan identiti, infomasi perniagaan, pengarah dan pemilikan perniagaan. Ia juga mengandungi butir-butir tindakan undang-undang, status kes, maklumat kebankrapan dan komen anda (yang mana berkenaan).

Bahagian yang paling penting dalam laporan anda kepada peminjam yang berpotensi adalah bahagian ketiga, Sejarah Kewangan.

Bahagian ini akan memaparkan sejarah kewangan anda dalam 3 bahagian – permohonan kredit semasa, butiran CCRIS dan komen anda.

Butiran CCRIS dibahagikan kepada 3 bahagian:

  1. Tunggakan Kredit

Seksyen ini mendedahkan baki tertunggak anda daripada kemudahan kredit sedia ada, termasuk tabiat pembayaran balik, tunggakan dan status undang-undang jika ada. Tabiat pembayaran balik dan tunggakan anda akan menunjukkan sama ada anda seorang pembayar yang baik. Jika anda mempunyai beberapa nombor ‘1’ dalam pembayaran balik anda, ia menunjukkan bahawa anda adalah sebulan lewat dalam pembayaran balik anda. Ruangan pinjaman tertentu akan diisi dengan ‘0’ jika anda membayar tepat pada masanya. Status undang-undang pula menunjukkan sekiranya anda telah disaman oleh peminjam sedia ada untuk membayar hutang anda.

  1. Akaun Perhatian Khusus

Semua kemudahan kredit yang belum dijelaskan yang berada di bawah pengawasan ketat institusi kewangan akan berada di bawah ruangan ini. Ini termasuk kemudahan kredit yang dianggap sebagai Pinjaman Tidak Berbayar (NPL) atau di bawah jadual pengurusan hutang khas yang dirundingkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).

  1. Permohonan Kredit

Seksyen ini akan memaparkan sekiranya anda telah memohon sebarang kemudahan kredit dalam tempoh 12 bulan yang lalu, sama ada yang telah diluluskan atau ditolak. Jika permohonan kredit semasa telah ditolak, ia mungkin bermakna nilai kredit anda boleh dipersoalkan dan menawarkan kredit kepada anda bermakna anda tidak mungkin dapat membayarnya semula. Jika ia telah diluluskan, maka ia boleh dipersoalkan, misalnya mengapa anda masih memerlukan kemudahan kredit lain dan adakah anda mampu membayar balik memandangkan komitmen yang sedia ada.

Dalam ruangan komen, anda boleh menjelaskan keadaan kewangan anda. Sebagai contoh, anda mungkin tidak mampu membayar hutang anda kerana kehilangan kerja dan tidak mempunyai pendapatan.

Bank biasanya melihat bahagian ini dengan teliti untuk menentukan sekiranya anda adalah pembayar yang baik, dan sama ada anda masih boleh menanggung lebih kredit berdasarkan kredit anda yang sedia ada.

Cara Membuat Semakan CTOS image14

Tidak seperti CCRIS dimana rekod anda disimpan hanya selama 12 bulan, rekod CTOS anda disimpan selama 24 bulan sebagai arkib sejarah latar belakang dan sejarah kredit. Selepas itu, ia tidak akan didedahkan dalam laporan CTOS anda dua tahun selepas pembayaran balik atau kes selesai.

Jika anda mendapati terdapat percanggahan dalam rekod CTOS anda, anda boleh meminta CTOS mengubah suai atau memadam maklumat tertentu dengan menyediakan dokumen sokongan yang berkaitan seperti laporan polis, surat sokongan dari bank-bank yang berkenaan, peguam atau perintah mahkamah. CTOS tidak akan mengenakan apa-apa caj untuk mengemaskinikan rekod anda dan anda akan menerima laporan CTOS yang dikemaskini percuma selepas itu.

Terdapat banyak sebab mengapa penting untuk anda menyemak laporan kredit anda secara berkala, tanpa mengambil kira permohonan kredit. Walau bagaimanapun, ia perlu diutamakan jika anda merancang untuk memohon pinjaman, seperti pinjaman perumahan atau sewa beli kenderaan.

Anda hanya akan merugikan diri sendiri apabila memohon pinjaman tanpa mengkaji laporan kredit anda kerana anda tidak berusaha untuk memberikan diri anda peluang terbaik untuk mendapatkan kelulusan. Bagaimana sekiranya terdapat satu kad kredit yang anda fikir telah dibatalkan tetapi sebenarnya masih dikenakan yuran tahunan dan faedah untuk beberapa tahun kebelakangan ini?

Bagaimana sekiranya terdapat percanggahan dalam rekod pembayaran atau rekod lain yang anda tidak tahu?

Memeriksa laporan kredit anda adalah satu cara yang proaktif dalam memastikan kesihatan kredit berada dalam keadaan baik, dan melayakkan anda menerima kredit yang dipohon. Penolakan pinjaman boleh menjejaskan kredit anda lebih teruk daripada apa yang anda fikirkan.