Kesilapan biasa yang mengurangkan skor kredit anda

Mungkin sukar untuk mempercayai bahawa status kewangan anda boleh diwakili melalui skor kredit nombor tiga digit. Namun, ia bukanlah sesuatu yang mudah bagi institusi kewangan besar menilai nombor tersebut.

Skor kredit yang rendah bukanlah perkara yang boleh diambil mudah, ianya adalahtragik memandangkan pengaruhnya dalam kehidupan anda. Malah, skor yang bawah daripada kategori sederhana boleh memudaratkan masa hadapan anda. Ini kerana skor anda dirujuk oleh pihak bank dan pemberi kredit untuk menentukan kebolehpercayaan kredit anda – skor yang terlalu rendah akan mengakibatkan permohonan pinjaman anda ditolak. Hanya beberapa keputusan yang buruk boleh membawa anda kepada skor yang menutup banyak peluang kewangan yang penting.

Sekiranya anda bimbang tabiat kewangan anda lebih banyak memudaratkan berbanding memanfaatkan, lihat pada panduan ini dan elakkan kesilapan biasa ini.

Terlalu Lama Menunggu untuk Membina Kredit
Sejak anda memohon kad kredit pertama dan pinjaman pelajar anda – yang mana anda mungkin akan membayar untuk tempoh sedekad lagi – anda telah membina rekod kredit anda. Ini adalah akaun bagi pelbagai produk kewangan yang telah anda gunakan pada masa lalu akan bertindak sebagai rekod rasmi prestasi anda sebagai peminjam. Pemiutang akan melihat pada kedua-dua tempoh dan kualiti kredit yang telah anda kumpul, terutama rekod kredit positif yang lebih lama.

Ramai orang menangguh untuk memohon sesuatu kredit dan memikirkan tiada kredit tidak mempengaruhi kredit mereka. Namun, tiada kredit fasiliti juga boleh menyekat peluang anda untuk mendapat kredit sama seperti mempunyai rekod kredit yang tidak baik. Walaupun ia mungkin kelihatan sebagai suatu kaedah yang baik untuk mengelakkan pinjaman dan kad kredit yang di luar kemampuan anda untuk membayar balik, menunggu terlalu lama untuk memulakan rekod kredit juga boleh memberi kesan negatif kepada skor anda. Organisasi tidak boleh menentukan kebolehpercayaan kredit anda jika anda tidak mempunyai rekod.

Corak Pembayaran Balik yang Tidak Konsisten

Tarikh akhir bayaran bil anda adalah tidak fleksibel. Anda perlu menjelaskan bayaran anda sebelum tarikh yang ditetapkan, dan kegagalan anda berbuat demikian boleh menjejaskan skor anda.

Semakin lama hutang anda tidak dibayar, semakin teruk ia mempengaruhi skor anda sehinggalah pemiutang “charges off” hutang tersebut. Jika pemiutang berhenti mengutip hutang semasa proses “charge off”, pemiutang akan menjadikan jumlahnya sebagai kerugian. “Charge off” adalah salah satu rekod yang tidak baik dalam rekod kewangan anda. Ia menunjukkan kepada orang lain bahawa anda mempunyai masalah untuk membayar sebelum tarikh akhir bayaran hutang, dan ia akan kekal dalam rekod anda untuk tempoh beberapa tahun.

Pemfailan Kebankrapan

Beberapa hutang yang “charge off” akan membawa kepada status kebankrapan, paling teruk ialah mereka yang tidak mampu membayar bil mereka. Bagi individu, ia melibatkan proses di mana anda merayu kepada mahkamah dan membuktikan anda secara fizikalnya tidak dapat membayar hutang anda. Sebaik sahaja fail anda diberikan, anda perlu membubarkan aset anda, termasuk rumah dan harta benda anda, untuk menampung hutang anda. Anda juga mungkin perlu menandatangani perjanjian pembayaran pendapatan sebagai komisen untuk membantu membayar baki hutang kepada pihak tertentu.

Menggunakan Kredit Anda secara Tidak Bertanggungjawab

Penggunaan kredit adalah salah satu unsur yang mempengaruhi satu per tiga skor kredit anda secara dinamik. Ia melaporkan tentang bagaimana anda menggunakan kredit anda dengan cara yang berbeza daripada kadar kejayaan pembayaran balik anda. Jumlah penggunaan kredit seperti kad kredit atau pinjaman peribadi akan menunjukkan adakah anda bergantung dengan kemudahan kredit atau tidak.

Kadar penggunaan ditentukan oleh jumlah baki yang tinggal berbanding hadnya. Setiap pinjaman atas nama anda mempunyai kadar tersendiri yang menyumbang kepada nisbah baki kepada kredit yang ada. Semakin tinggi baki anda, semakin banyak ia memberi kesan negatif terhadap skor anda.


Menutup Akaun Lama

Sebarang akaun lama dalam kedudukan yang baik (sebagai contoh, kad kredit yang tidak pernah anda gunakan dengan had yang besar) akan menyumbang kepada keseluruhan rekod anda. Apabila anda menutup akaun-akaun ini, anda memadam
rekod kredit baik yang dihasilkan oleh kad atas nama anda. Serta, ia juga akan mengganggu kadar penggunaan kredit anda. Kadar ini ditentukan dengan membandingkan jumlah hutang anda dengan jumlah maksimum kredit anda. Apabila anda menutup mana-mana kad kredit atau kad kredit yang besar, anda akan menurunkan had kredit keseluruhan anda. Ini menyebabkan kadar penggunaan kredit anda akan meningkat kerana baki gabungan anda tetap sama.

Kesimpulan

Walau bagaimanapun jika anda menguruskan kewangan anda dengan konsisten, ia akan meningkatkan skor kredit anda pada jangka masa panjang kerana ia membuktikan kepada para pemiutang yang anda dapat mengendalikan kewangan
anda dengan baik. Jika anda bersalah atas tabiat buruk ini, anda masih boleh memperbaiki skor kredit anda. Jangan risau anda masih ada harapan utnuk memperbaiki skor kredit anda. Status kebankrapan juga boleh dikeluarkan dari rekod
anda selepas 2 tahun mendapat surat pelepasan mahkamah. Tentukan apa yang anda perlukan untuk membayar bil tepat pada masanya, hadkan penggunaan kredit anda, dan simpan akaun yang baik. Akhirnya, nombor tiga digit anda akan berfungsi dengan baik.