tip tip dapat rumah impian

Tip- tip Untuk Mendapatkan Rumah Impian Anda!

tip tip dapat rumah impian

Membeli hartanah adalah satu pelaburan yang besar dan sesuatu yang perlu dipertimbangkan secara mendalam. Berita baik – harta secara umumnya akan meningkat nilainya, berbanding penyusutan nilai aset-aset lain (contohnya kenderaan). Jadi, apa perkara pertama yang kita harus mempertimbangkan sebelum membeli rumah baru? Jawapan mudah adalah ini: kesihatan kredit dan skor kredit anda.

Mempunyai kesihatan kredit dan sejarah kredit yang baik, serta skor kredit yang tinggi boleh membawa pelbagai manfaat kepada anda. Dalam situasi seperti permohonan pinjaman, bank-bank dan para peminjam secara umumnya akan memandang baik terhadap pelanggan dengan latar belakang kredit yang baik, dan proses pinjaman boleh disingkatkan. Adalah penting untuk ingat perkara ini: walaupun kesihatan kredit yang baik boleh memberi manfaat, ia bukan jaminan untuk mendapatkan permohonan pinjaman anda diluluskan. Ini kerana bank-bank dan pemberi pinjaman akan menilai pelbagai faktor sebelum membuat keputusan untuk memberi pinjaman kepada pelanggan.

Ingin ketahui cara mendapatkan kelulusan pinjaman lebih cepat untuk rumah impian anda? Baca tip-tip mudah kami:

Print

Bayar bil-bil dan obligasi kredit anda pada masanya.
Membuat bayaran tepat pada masanya adalah penting untuk mengekalkan kesihatan kredit yang baik. Membuat bayaran lewat atau terlepas bayar ansuran bulanan anda boleh merosakkan kesihatan kredit anda dan menurunkan skor kredit anda. Jika anda telah terlepas bayaran ansuran pada masa lalu, cuba betulkan situasi tersebut dengan menyelesaikan bayaran tertunggak. Jika skor kredit anda rendah, tabiat kredit yang baik akan membantu meningkatkannya.

 

pay-bill-iconStart paying your bills and credit obligations on time.
Making your payments on time is crucial to maintain good credit health. Missing payments or monthly instalments can really damage your credit health and make your credit score go down. If you’ve missed payments in the past, get current and stay current. If your credit score is low, responsible credit behaviour will help improve it in time.

 

PrintJangan memohon kredit lebih daripada yang anda perlukan.
Teliti tabiat perbelanjaan dan kewangan anda, terutamanya pengunaan kad kredit. Jangan memohon untuk kad kredit yang anda tidak benar-benar perlukan, dan pastikan anda menjelaskan bayaran bulanan minimum untuk setiap kad yang anda miliki.

 

Kami mensyorkan anda membuat kajian yang mencukupi sebelum anda membuat komitmen untuk membeli rumah, terutamanya mengenai pinjaman, bayaran dan isu-isu lain yang berkaitan dengan kredit dan kewangan.