Apakah yang anda boleh lakukan sekiranya anda mengesan kesilapan dalam laporan kredit anda? Anda dilindungi oleh undang-undang dan boleh memperbetulkannya. Hanya ikut 3 langkah-langkah di bawah:

iconedmMay17-01

Langkah 1 – Dapatkan laporan kredit anda yang terkini

Maklumat dalam laporan anda berubah setiap bulan kerana kami sentiasa mengumpul dan mengemaskini maklumat kredit anda. Untuk mengetahui dengan tepat apa yang terkandung dalam laporan kredit anda, sila dapatkan laporan kredit terkini daripada CTOS.

iconedmMay17-02

Langkah 2 – Ketahui apa yang boleh dikeluarkan

Anda tidak boleh menghapuskan setiap maklumat negatif dari fail kredit anda – agensi pelaporan kredit seperti CTOS wajib melaporkan semua maklumat kredit selagi ia adalah betul dan terkini. Jadi apakah yang boleh dikeluarkan?

  • Maklumat tidak tepat. Jika laporan itu menyenaraikan maklumat yang tidak betul, seperti akaun yang tidak dibuka, salah nama, atau penghakiman bagi tuntutan mahkamah yang tidak melibatkan anda, anda boleh mengeluarkan maklumat tersebut daripada rekod anda.
  • Maklumat negatif yang lapuk. Dalam kebanyakan kes, maklumat negatif, walaupun tepat, tidak akan menghantui anda selama-lamanya, terutama apabila ia telah diselesaikan. Laporan kredit anda mungkin mencerminkan tindakan undang-undang, penghakiman, kebankrapan dan pembayaran lewat untuk beberapa tahun. Apabila tempoh masa yang berkaitan telah luput, anda boleh mengeluarkan maklumat tersebut daripada laporan kredit anda. Rujuk dengan kami untuk tempoh masa maklumat yang boleh dipaparkan.
iconedmMay17-03

 Langkah 3 – Betulkan ketidaktepatan

Jika anda mendapati terdapat maklumat yang tidak tepat dalam laporan kredit anda, sila maklumkan kepada kami. Anda boleh menghubungi kami (03-2722 8833) atau isi borang online dan emel kepada sarus@ctos.com.my.

Anda perlu menyediakan dokumen-dokumen berikut:

  • MyKad (depan dan belakang, wajib untuk pengesahan identiti)
  • Dokumen daripada bank anda, seperti surat penyelesaian (jika berkenaan)
  • Dokumen daripada SSM, mahkamah atau tindakan undang-undang (jika berkenaan)

Setelah kami menerima maklumat anda, kami akan menyiasat perkara itu. Pemiutang akan mengesahkan maklumat itu, dan jika mereka tidak dapat membuktikan ia adalah tepat, kita akan mengeluarkan maklumar tersebut daripada laporan anda. Apabila siasatan selesai, kami akan menghantar laporan bertulis yang meliputi apa yang kami dapati, dan salinan laporan kredit anda yang telah dikemaskini. Secara umumnya, ia mengambil masa 3 hingga 5 hari untuk mengemas kini maklumat (jika semua dokumen sokongan yang berkaitan telah diterima dan disahkan). Manakala, isu yang lebih kompleks mungkin mengambil masa sehingga 2 minggu untuk diselesaikan.

Kesimpulan

Dalam kebanyakan kes, mengeluarkan ketidaktepatan adalah mudah. Walau bagaimanapun, jika masalah tidak dapat diselesaikan kami menyarankan anda berbincang dengan pemiutang untuk mengeluarkan maklumat tidak tepat tersebut. Akhir sekali, jika ianya masih tidak dapat diselesaikan, anda boleh menulis surat penjelasan bersama dengan dokumen-dokumen sokongan kepada CTOS dan kami akan masukkan komen anda di dalam laporan kredit anda.