common myths

common myths

Terdapat pelbagai jenis maklumat yang dikaitkan dengan pelaporan kredit. Walau bagaimanapun, tidak semua maklumat yang anda dengar atau baca tentang perkara ini adalah benar. Langkah yang selamat untuk memastikan kesihatan kredit anda baik ialah untuk belajar segala yang anda boleh mengenai pelaporan kredit, serta memastikan anda mempunyai maklumat yang betul.

Kami memberi penjelasan yang lebih mendalam tentang 5 mitos mengenai pelaporan kredit.

Mitos # 1: Agensi pelaporan kredit ‘menyenarai hitamkan’ konsumer yang mepunyai masalah kredit.

Agensi pelaporan kredit (CRA) tidak ‘menyenarai hitamkan’ pengguna. CRA hanya mengumpul dan menyusun data yang ada daripada sumber awam yang sah seperti surat khabar (notis muflis dan rekod tindakan undang-undang) dan agensi-agensi kerajaan yang diluluskan.

Maklumat dalam laporan CTOS anda membolehkan anda menjaga kesihatan kredit anda dan mengambil langkah-langkah pembetulan jika perlu. Bank-bank dan para peminjam merujuk kepada maklumat dalam laporan kredit untuk membantu mereka membuat keputusan mengenai pemberian kredit, kelulusan pinjaman dan banyak lagi.

Di Malaysia, CRA adalah entiti berdaftar yang menjalankan kegiatan pelaporan kredit di bawah Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010. Agensi-agensi ini mengumpul maklumat kredit yang boleh digunakan untuk menentukan kelayakan seseorang untuk mendapatkan pinjaman atau kredit. Ianya terpulang kepada pemberi pinjaman untuk meluluskan permohonan pinjaman.

Mitos # 2: Agensi pelaporan kredit menggunakan kaedah yang tidak sah untuk mendapatkan maklumat mengenai anda.

Sebagai CRA yang berdaftar, CTOS mendapatkan maklumat mengenai pengguna daripada sumber awam yang sah seperti suratkhabar (notis muflis dan rekod tindakan undang-undang) dan agensi-agensi kerajaan yang diluluskan.

Mitos # 3: Menjelaskan hutang lama akan ‘membersihkan’ laporan kredit anda dengan segera.

Walaupun anda masih perlu menjelaskan hutang tertunggak untuk memastikan kesihatan kredit yang baik, ia tidak bermakna bahawa rekod hutang anda akan hilang dengan serta-merta. Ia boleh memakan masa (untuk kes yang rumit, ia boleh mengambil beberapa bulan) untuk ‘membersihkan’ rekod anda, termasuk rekod gagal membayar bil (seperti hutang kad kredit). Walau bagaimanapun, jika anda melangsaikan hutang tertuggak dan sentiasa peka terhadap kesihatan kredit anda, kesihatan kredit serta laporan kredit anda pasti akan menunjukkan perubahan yang positif dalam jangka masa panjang.

Mitos # 4: Anda tidak perlu menyemak laporan kredit anda jika anda tidak banyak berhutang.

Adalah penting untuk memeriksa laporan kredit anda walaupun anda tidak mempunyai banyak hutang. Salah satu sebab ialah untuk mengesan kecurian identiti, kerana orang lain boleh mencuri dan menyalahgunakan maklumat peribadi anda (anda mungkin akan mendapat bil besar akibat ini). Menyemak laporan kredit anda boleh membantu anda mengesan tanda-tanda amaran, seperti pinjaman yang anda tidak pohon atau tindakan undang-undang terhadap anda.

Satu lagi sebab yang baik untuk memeriksa laporan kredit anda adalah untuk mengetahui status kesihatan kredit anda. Ini supaya anda boleh mengenalpasti isu-isu dalam rekod kredit anda dan boleh mula mengambil tindakan pembetulan secara awal. Dengan laporan yang baik, anda mungkin layak menikmati tawaran khas untuk produk kewangan.

Mitos # 5: Tiada apa-apa boleh dilakukan jika laporan kredit lemah dan skor kredit rendah.

Berita baik adalah bahawa kesihatan kredit yang kurang baik atau skor kredit yang rendah boleh dibetulkan. Jika anda mengesyaki bahawa kesihatan kredit anda tidak baik, langkah pertama adalah untuk mendapatkan laporan kredit terperinci serta skor kredit anda. Ini akan memberikan anda gambar yang menyeluruh mengenai situasi kredit anda.

Langkah seterusnya ialah untuk mengambil tindakan pembetulan untuk mula memperbaiki kesihatan kredit anda. Mulakan dengan membayar bil-bil anda dan semua obligasi kredit pada masanya. Jangan memohon kredit lebih daripada yang anda benar-benar perlukan, dan mulakan memupuk tabiat kewangan yang baik serta tingkah laku kredit yang bertanggungjawab. Jika anda mengekalkan disiplin dalam segala aktiviti kredit anda, laporan kredit serta skor kredit anda pasti akan bertambah baik.