Artikel ini diterbitkan oleh era.fm bersama CTOS.
Bukan nombor talian kecemasan mahupun kod keselamatan kad kredit anda, tetapi 3 digit yang kami maksudkan ialah skor kredit CTOS anda. Apa itu CTOS dan CTOS Score?
CTOS adalah salah satu Agensi Pelaporan Kredit di Malaysia yang berdaftar di bawah penyeliaan PPK, Kementerian Kewangan Malaysia. Sila rujuk laman web ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang fungsi Agensi-Agensi Pelaporan Kredit serta hak dan tanggungjawab anda sebagai pengguna.
Fungsi utama CTOS adalah untuk mengumpul maklumat individu dan syarikat daripada pelbagai sumber seperti bank, institusi kewangan dan sumber lain seperto telco, syarikat utiliti dan notis undang-undang. Rekod ini kemudiannya dimasukkan ke dalam pengkalan data elektronik yang boleh diakses dengan cepat oleh pihak pemberi kredit, pinjaman dan urusan perbankan. CTOS ini boleh dikatakan sebagai perpustakaan elektronik maklumat. Rekod buruk kekal berada dalam simpanan dan jika tidak diperbaiki akan menyukarkan pinjaman masa depan.
Apa itu CTOS Score?
CTOS Score ialah penilaian risiko kredit individu yang digambarkan melalui angka 3-digit antara 300 hingga 850. Semakin tinggi nilai skor, semakin rendah risiko kredit.
Tetapi jika skor anda rendah, ianya menandakan kredit bermasalah dan menyukarkan untuk anda membuat pinjaman.
Skor CTOS yang tinggi bukan sahaja mempercepatkan kelulusan permohonan pinjaman dan kad kredit malah meningkatkan peluang membuat pinjaman dan pemilikan kad kredit dan memudahkan anda merancang kewangan peribadi serta mengakses pembiayaan yang diperlukan.
Lihat video-video ini untuk lebih informasi tentang skor CTOS: