Apakah jaringan gelap?
Jaringan gelap adalah sebahagian daripada internet yang tidak diindeks oleh enjin carian. Ini bermakna bahawa sebahagian besar jaringan gelap adalah ‘tersembunyi’ kerana ia tidak dapat diakses secara mudah oleh pengguna internet biasa. Sebahagian besar jaringan gelap digunakan untuk aktiviti haram atau jenayah – contohnya, sesiapa pun boleh membeli nombor kad kredit yang dicuri, pelbagai jenis dadah, senjata, wang palsu, maklumat langganan pengguna lain, akaun video “streaming” yang digodam dan perisian yang dapat membantu pencuri menggodam ystem orang lain.
Disebabkan ciri-ciri kandungan jaringan gelap, anda boleh menghadapi risiko jika maklumat peribadi anda dicuri dan muncul di situ. Contohnya, laman-laman pada jaringan gelap mengandungi maklumat haram, termasuk maklumat yang dicuri, kandungan yang dilarang dan banyak lagi. Jika maklumat anda muncul di jaringan gelap, ia boleh memudaratkan anda dalam pelbagai cara. Ini kerana anda tidak akan tahu siapa yang akhirnya mendapatkan data anda, dan apa yang mereka ingin membuat dengannya.
Apakah kecurian identiti?
Kecurian/penipuan identiti adalah istilah-istilah yang digunakan untuk merujuk kepada semua jenis jenayah di mana seseorang mendapatkan dan menyalahgunakan maklumat orang lain, terutama sekali melalui cara yang melibatkan penipuan dan bakal menyusahkan mangsa. Data peribadi yang paling mudah dicuri termasuk nombor kad kredit dan debit, maklumat akaun bank, polisi insurans dan rekod perubatan.
Apakah yang akan berlaku jika maklumat peribadi saya dicuri?
Pencuri sering menggunakan maklumat kad kredit atau kad debit yang dicuri untuk membuat pembelian, terutamanya secara online. Pencuri boleh menghubungi bank dan menyamar sebagai pemilik kad kredit – kemudiannya membatalkan kad kredit mangsa dengan menggunakan pelbagai ystem, meminta kad baru dihantar ke alamat pencuri, dan seterusnya pergi membeli-belah sesuka hati.
Dalam kes yang lebih serius, kecurian identiti boleh menjurus kepada jenayah lain seperti keganasan, kegiatan imigresen haram dan ‘phishing’. Dengan mencuri maklumat yang mencukupi, pencuri boleh mendapatkan pulangan cukai mangsa, berpura-pura menjadi orang lain jika ditangkap atau menggunakan pampasan perlindungan insurans perubatan mangsa (kecurian identiti perubatan).
Apakah tanda-tanda identiti saya telah dicuri?
Berikut adalah beberapa tanda amaran anda mungkin mangsa kecurian identiti:
- Anda menunggu kad kredit atau kad debit baru tiba melalui pos biasa, tetapi ianya lambat
- Anda dapati terdapat rekod pembelian yang tidak dilakukan oleh anda apabila menyemak penyata kad kredit
- Surat, bungkusan atau dokumen penting yang anda tunggu hilang berkali-kali
- Anda telah menerima notis litigasi atau dokumen mahkamah untuk perkara yang anda tidak lakukan
Bagaimanakah CTOS SecureID melindungi saya dari jaringan gelap?
Sistem CTOS SecureID akan mengimbas jaringan gelap untuk mengenalpasti sama ada maklumat yang anda berikan secara sukarela telah muncul di situ. Sekiranya maklumat anda muncul di jaringan gelap, ystem kami akan menghantar notifikasi kepada anda. Anda boleh mengambil tindakan seterusnya untuk melindungi diri anda, seperti menukar kata laluan atau menutup akaun tertentu.