Kepekaan Mencegah Risiko Kredit Perniagaan

Ever since I registered as a subscriber with CTOS, I have been able to conduct by business with confidence and peace of mind, despite the harsh and challenging business environment we operate in today.

Mr. Liau Wei Liang, Director of Titan Track Industries Sdn. Bhd.

Kepekaan Mencegah Risiko Kredit Perniagaan 

Titan Track Industries Sdn. Bhd. (TTI) telah ditubuhkan pada tahun 2005. Dahulunya dikenali sebagai L.S. Machinery Services, syarikat ini mengkhusus dalam perdagangan alat ganti jentera berat seperti penggali (excavator), jentolak dan peralatan pembinaan lain. Sepanjang tahun-tahun beroperasi, kami telah berkembang menjadi salah satu syarikat perdagangan alat ganti penggali terkemuka di Malaysia dengan dua cawangan di Semenanjung Malaysia dan satu cawangan di Malaysia Timur. Kami menikmati reputasi yang baik dalam industri ini kerana hanya berurusan dengan alat ganti tulen dan berkualiti OEM. Kami berurusan dengan banyak syarikat di seluruh Malaysia, maka pengurusan risiko amat penting bagi memastikan perniagaan kami terus mampan. 

Sejak saya mendaftar sebagai pelanggan CTOS, saya dapat menjalankan perniagaan dengan lebih yakin dan tenang walaupun dalam persekitaran perniagaan yang mencabar. Saya menggunakan CTOS Credit Manager™ untuk menyaring pelanggan berpotensi dan membantu saya menghapuskan risiko perniagaan yang boleh dielakkan. 

CTOS telah membolehkan saya memahami dan memantau tahap kebolehpercayaan kredit pelanggan-pelanggan sedia ada saya. CTOS juga akan memberi amaran kepada saya dengan segera sekiranya mana-mana pelanggan saya menjadi potensi risiko perniagaan. Terima kasih kepada Credit Manager, hutang lapuk yang telah lama tertunggak akhirnya berjaya diselesaikan dengan mudah dan tanpa banyak kerumitan. Kesimpulannya, saya percaya bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati, dan CTOS telah membantu saya menjalankan perniagaan berlandaskan prinsip tersebut melalui produk dan perkhidmatan mereka yang sangat berguna.