Panduan Mengurus Aliran Tunai untuk SMEs

Panduan Mengurus Aliran Tunai untuk SMEs 

Aliran tunai merupakan nadi bagi setiap perniagaan, dan pengurusannya secara berkesan amat penting untuk kejayaan jangka panjang. Setiap usahawan SME perlu mengetahui berapa banyak wang tunai yang masuk dan keluar dari perniagaan, serta mampu meramal jualan dan perbelanjaan dengan tepat. 

Penting untuk tidak mengelirukan aliran tunai dengan keuntungan. Sebuah perniagaan tidak semestinya perlu untung – terutamanya di peringkat awal – tetapi aliran tunai yang kukuh adalah penting untuk kelangsungan hidup. Aliran tunai yang baik memastikan operasi berjalan lancar dan mengelakkan kebankrapan. Sebaliknya, perniagaan yang kelihatan untung atas kertas mungkin berdepan masalah aliran tunai negatif, contohnya akibat kelewatan pembayaran daripada pelanggan. Ini boleh mengancam kelangsungan perniagaan, terutamanya apabila berdepan perbelanjaan mengejut seperti kerosakan mesin yang tidak dijangka. 

Berikut enam strategi untuk memastikan perniagaan anda bersedia menghadapi turun naik aliran tunai: 

  1. Ramalkan Aliran Tunai Secara Tepat

Ramalan yang tepat adalah kunci utama dalam pengurusan aliran tunai. Dengan menjangkakan pendapatan dan perbelanjaan masa hadapan, anda boleh menangani kekurangan tunai secara proaktif atau merancang penggunaan lebihan wang secara strategik. Gunakan teknologi seperti perisian perakaunan untuk membantu anda menambah baik model ramalan aliran tunai. 

  1. Selaraskan Akaun Belum Terima & Belum Bayar

Keseimbangan antara akaun belum terima (receivables) dan belum bayar (payables) sangat mempengaruhi aliran tunai. Tingkatkan kawalan ke atas pembayaran yang diterima dengan: 

  1. a) Melaksanakan proses invois yang mantap – hantar invois sebaik sahaja barang atau perkhidmatan disampaikan. Gunakan sistem e-invois untuk mempercepat proses ini dan menjimatkan kos percetakan.
  2. b) Meminta bayaran deposit atau sebahagian bayaran terlebih dahulu, terutamanya jika anda menawarkan perkhidmatan.
  3. c) Menawarkan diskaun untuk bayaran awal bagi menggalakkan pembayaran cepat. Walaupun ini mungkin mengurangkan margin keuntungan, ia boleh membantu ketika aliran tunai ketat.
  4. d) Berunding syarat bayaran yang lebih baik dengan pembekal – contohnya dengan membina hubungan baik melalui pembayaran yang konsisten dan tepat
  5. Bina Rizab Tunai

Mempunyai rizab tunai umpama jaring keselamatan kewangan untuk perniagaan. Simpan sebahagian daripada keuntungan untuk menghadapi situasi tidak dijangka. Rizab ini sangat berguna semasa kegawatan ekonomi, memastikan perniagaan terus bertahan. 

Jumlah rizab bergantung kepada jenis perniagaan, tetapi sasarkan untuk mempunyai simpanan mencukupi bagi menampung kos selama tiga hingga enam bulan (seperti gaji, sewa, bayaran balik pinjaman, dll). 

  1. Pantau Petunjuk Prestasi Utama (KPI)

Kenal pasti dan pantau petunjuk prestasi utama yang berkaitan dengan aliran tunai. Penunjuk kecairan memberi gambaran penting tentang kedudukan kewangan perniagaan anda, seperti: 

  1. a) Nisbah Semasa = Aset Semasa / Liabiliti Semasa
    Menunjukkan keupayaan syarikat membayar liabiliti jangka pendek. Nisbah >1.00 menunjukkan kedudukan aliran tunai yang baik.
  2. b) Nisbah Pantas (Quick Ratio) = (Tunai + Akaun Belum Terima) / Liabiliti Semasa
    Lebih ketat berbanding nisbah semasa, mengukur keupayaan membayar liabiliti segera. Nisbah >1.00 menunjukkan kedudukan kecairan yang sihat.
  3. c) Hari Jualan Belum Diterima (DSO) = (Akaun Belum Terima / Jualan Kredit Bersih) x Bilangan Hari
    Menunjukkan purata hari yang diperlukan untuk mengutip bayaran. DSO yang rendah menunjukkan aliran tunai yang baik.
  4. Pulihkan Hutang Lapuk

Pemulihan hutang lapuk memerlukan masa dan usaha, namun ia sangat membantu aliran tunai. Anda boleh memulakan proses pemulihan dengan menghantar surat tuntutan rasmi – ini selalunya cukup untuk “mengejutkan” penghutang agar membayar. Jika masih gagal, anda boleh menyumbang maklumat hutang ke dalam pangkalan data CTOS eTR (Electronic Trade Reference), bagi meningkatkan tekanan kepada penghutang supaya melunaskan bayaran mereka. 

  1. Urus Risiko Kredit

Satu lagi aspek penting dalam proses invois ialah pengurusan risiko kredit, terutama jika anda membekalkan barangan atau perkhidmatan terlebih dahulu. Untuk mengelakkan hutang menjadi lapuk: 

  1. a) Tapis pelanggan baharu sebelum memberi kredit. Semak laporan kredit seperti CTOS untuk mengetahui keadaan kewangan dan sejarah pembayaran pelanggan.
  2. b) Pantau pelanggan sedia ada secara berkala – situasi kewangan mereka boleh berubah, jadi sentiasa periksa untuk melindungi aliran tunai anda. Jika keadaan kewangan pelanggan merosot, runding semula syarat pembayaran atau minta bayaran pendahuluan.

Pengurusan aliran tunai bukan tugas sekali-sekala, tetapi satu proses berterusan yang memerlukan keupayaan menyesuaikan diri dan pandangan jauh. Walaupun ia mencabar, ia adalah kunci kepada ketahanan dan pertumbuhan jangka panjang perniagaan. 

Salah satu alat terbaik untuk membantu pengurusan aliran tunai ialah CTOS Credit Manager, Penyelesaian Pengurusan Kredit No.1 di Malaysia. Gunakan CTOS Credit Manager untuk: 

  • Menilai risiko kredit pelanggan dan rakan niaga 
  • Pantau kewangan mereka secara automatik 
  • Meningkatkan proses pemulihan hutang melalui sistem CTOS eTR 

Dapatkan konsultasi PERCUMA untuk CTOS Credit Manager hari ini.