
Membeli-belah Musim Perayaan – Berbelanja dengan Bijak untuk Kesihatan Kredit yang Baik
Membeli-belah hujung tahun sememangnya menyeronokkan dan menggembirakan. Musim cuti tiba, dan dengan sambutan Krismas serta Tahun Baharu yang bakal menjelma, pasti banyak yang ingin dibeli. Namun begitu, dengan berbelanja secara bijak pada waktu ini, anda masih boleh menikmati keseronokan membeli-belah tanpa menjejaskan kesihatan kredit anda – yang penting ialah kesedaran dan kawalan diri.
Berikut adalah beberapa tip untuk membeli-belah musim perayaan:
Sediakan senarai belian yang terperinci
Langkah yang baik untuk memastikan perbelanjaan anda terkawal ialah dengan menyediakan senarai belian yang terperinci. Ini membantu anda kekal fokus kepada barangan yang benar-benar diperlukan dan mengelakkan pembelian impulsif yang boleh menyebabkan anda terlebih belanja.
Manfaatkan promosi yang ditawarkan
Lakukan sedikit kajian sebelum anda membeli-belah kerana ramai peniaga menawarkan diskaun hujung tahun dan promosi perayaan. Anda boleh jimatkan wang dengan pelbagai cara – contohnya, jika anda perlu membeli barangan dalam kuantiti yang banyak, tawaran beli-1-percuma-1 boleh mengurangkan kos dengan ketara. Banyak syarikat kad kredit juga menawarkan ganjaran khas hujung tahun seperti pulangan tunai (cashback), diskaun dan hadiah percuma kepada pelanggan yang menggunakan kad mereka. Manfaatkan tawaran ini sebaik mungkin. Malah, perkhidmatan pembungkusan hadiah percuma juga boleh membantu anda jimat masa dan wang.
Tetapkan bajet dan patuh padanya
Kadang kala, penggunaan kad kredit membuatkan kita mudah berbelanja lebih. Namun, perlu diingat bahawa semua bil belian ini perlu dijelaskan pada bulan-bulan yang akan datang. Jika anda berbelanja berlebihan, ia boleh membawa kepada beban kewangan yang lebih besar dan mungkin menyukarkan anda untuk membayar balik tepat pada masanya – ini akan menjejaskan kesihatan kredit anda dan menurunkan skor kredit. Tetapkan bajet yang realistik dan mampu dibayar sepenuhnya tanpa menjejaskan komitmen bulanan anda, dan cuba kekal berbelanja dalam had tersebut.
Dapatkan Laporan Skor MyCTOS anda hari ini
Supaya anda dapat memahami tahap kesihatan kredit anda dan merancang kewangan dengan lebih baik menjelang tahun baru.
.
