sim_wei_tat_2-min

Peka terhadap Perubahan Kredit 

Perubahan sememangnya baik, tetapi adakah semua perubahan itu membawa kebaikan? Ketidaktentuan pasaran saham utama dan skandal politik boleh menyebabkan mata wang di seluruh dunia menjunam hari demi hari, dan ekonomi yang lemah terus merudum. Perubahan dalam ekuiti atau struktur sesebuah syarikat boleh memberi kesan negatif kepada rakan niaga dan pihak berkepentingan yang lain. CST Cutter Sdn. Bhd. (CST) lebih gemar memantau perubahan kredit pembekal mereka melalui CTOS bagi menjangka dan mengehadkan risiko perniagaan. 

CST, sebuah syarikat yang pakar dalam pembuatan peralatan perabot, amat mementingkan khidmat pelanggan, terutamanya selepas jualan. Semangat ini telah mendorong mereka untuk mencari satu perkhidmatan yang boleh dipercayai bagi membantu mereka menghadapi sebarang perubahan mendadak dalam rantaian bekalan mereka. 

Sim Wei Tat, Pengarah Urusan CST, memerlukan satu sistem untuk memantau pembekal dan pelanggan syarikatnya. Sim mendapat tahu tentang CTOS daripada rakannya. Rakannya yang sudahpun menjadi pelanggan CTOS menyarankan beliau untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CTOS bagi membantu mengurangkan risiko perniagaan. 

Sim akhirnya berpeluang mengenali lebih lanjut tentang CTOS semasa menghadiri satu persidangan awal tahun ini apabila beliau melawat booth CTOS. “Saya mengunjungi booth CTOS di MetalTech 2015 untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkhidmatan mereka dan bagaimana ia boleh membantu perniagaan saya,” kata Sim. 

Berpangkalan di Pulau Pinang, CST mula melanggan CTOS pada bulan Jun tahun ini. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Sim telah menggunakan CTOS terutamanya untuk menilai dan memantau pembekal mereka, dan kadangkala juga pelanggan – sama ada yang berpotensi mahupun sedia ada. 

Pantau dan Anda Akan Untung 

Maklumat adalah kuasa. Anda tidak boleh bersedia untuk sesuatu yang anda tidak tahu. Dengan memiliki pengetahuan dan bersedia menghadapi cabaran yang mungkin timbul, risiko perniagaan dapat dikurangkan. 

“Kami melanggan CTOS untuk membantu memantau sebarang perubahan dalam latar belakang kewangan dan profil kredit pembekal kami,” jelas Sim. Menurutnya, adalah sangat penting bagi mereka untuk memastikan pembekal yang mereka berurusan berada dalam keadaan kewangan yang stabil bagi mengelakkan sebarang situasi yang boleh menjejaskan pelanggan mereka. 

Sistem ini mudah digunakan dan sangat praktikal. “Saya boleh menyemak secara dalam talian dan mendapatkan maklumat kewangan, butiran pemilikan ekuiti, rekod litigasi, dan rujukan perdagangan dengan serta-merta,” terang Sim. Beliau amat mengesyorkan CTOS kepada rakan-rakannya yang, seperti beliau, ingin mengurangkan risiko perniagaan. 

Terus Fokus dan Berjaga-jaga 

Perubahan boleh membawa kos yang tinggi. Perubahan persekitaran luar boleh memberi kesan negatif kepada perancangan strategik perniagaan anda. Situasi di mana perniagaan yang sedang berkembang tiba-tiba merosot boleh mengundang kebimbangan melampau dan langkah pemotongan kos drastik yang lazimnya menjejaskan prestasi keseluruhan. 

Pemantauan berterusan dan konsisten terhadap rakan niaga serta pihak berkepentingan penting amatlah perlu bagi memastikan kelangsungan dan pertumbuhan perniagaan, terutamanya dalam keadaan pasaran global yang tidak menentu masa kini.