Pernahkah anda melihat pilihan pembayaran baru apabila anda menyemak pembelian anda? Kini terdapat pelbagai platform Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) untuk kegunaan rakyat Malaysia. Platform BNPL membolehkan anda membuat pembelian dengan membahagikan kos kepada ansuran bulanan, biasanya pada kadar faedah 0%. Sesetengah platform membenarkan anda menangguhkan bayaran sehingga hujung bulan atau bulan berikutnya. Syaratnya ialah anda mungkin dikenakan yuran pembayaran lewat jika anda tidak membuat pembayaran tepat pada masanya.
Walaupun BNPL boleh memudahkan anda untuk membeli produk dan perkhidmatan tertentu, ia juga penting untuk memastikan anda tidak terlanjur berbelanja. Berikut ialah 4 perkara yang perlu anda tahu sebelum anda membeli-belah menggunakan perkhidmatan BNPL: