Pasti mengecewakan apabila melihat rekod pembayaran lewat muncul pada laporan kredit anda. Rekod pembayaran merangkumi 45% daripada skor kredit anda, jadi bayaran pinjaman lewat akan mengakibatkan kesan negatif terhadap skor anda. Contoh bayaran pinjaman yang anda tidak patut abaikan ialah bayaran bulanan kereta, pinjaman pelajaran PTPTN, pinjaman perumahan dan bil kad kredit.
Jika anda berada dalam situasi yang sama, jangan panik. Terdapat beberapa cara mudah untuk anda mengurangkan kesan buruk pada skor kredit anda.
1. Semak laporan kredit anda secala berkala
Semak sebarang maklumat negatif dalam laporan kredit anda. Sahkan ketepatan semua maklumat, termasuk tarikh bayaran tersebut diistiharkan lewat. Ini penting kerana maklumat tersebut akan kekal pada laporan kredit anda selama beberapa tahun, bermula dari tarikh bayaran tersebut disahkan lewat. Jika anda melihat apa-apa ketidaktepatan dari segi maklumat, maklumkan kepada agensi pelaporan kredit anda supaya mereka boleh menyemak dan mengemaskinikan rekod anda sewajarnya.
2. Langsaikan semua bayaran bulanan yang tertunggak
Jika maklumat pada laporan anda adalah tepat (dan hutang telah disahkan), tiba masanya untuk mengambil langkah seterusnya iaitu menyelesaikan bayaran pinjaman minima bulanan tersebut. Tetapi anda harus tahu bahawa membayar pinjaman tersebut tidak akan memperbaiki status kredit anda secara serta-merta.
Ini kerana perbuatan terlepas bayaran akan mengakibatkan rekod yang akan kekal pada laporan kredit anda selama beberapa tahun. Ini adalah sesuatu yang mengecewakan, tapi dengan memastikan anda sentiasa membuat semua bayaran pinjaman anda pada masanya, anda boleh mengelakkan dari kena saman. Ini boleh menjadi sebab yang kukuh untuk mengalakkan anda menyelesaikan bayaran minimum
bulanan anda.
3. Daftar untuk kemudahan pembayaran debit auto
Terlalu sibuk untuk menguruskan semua perkara? Apabila anda mendafter untuk kemudahan pembayaran debit auto, anda tidak perlu risau tentang lupa atau terlepas bayaran bulanan anda. Kemudahan pembayaran debit auto akan memastikan jumlah bayaran yang diperlukan (seperti bayaran balik pinjaman bulanan kereta) akan ditolak secara automatik dari akaun simpanan atau akaun semasa pilihan anda, melalui bank anda. Semak dengan bank anda untuk mendapatkan senarai syarikat yang menerima bayaran debit auto untuk tahu pinjaman mana yang boleh diuruskan melalui cara ini.
Bilakah kesan yang positif boleh dilihat?
Jika dilihat dari segi jangkamasa panjang, rekod pembayaran lewat akan semakin kurang kesan buruknya terhadap skor kredit anda. Skor anda biasanya akan bertambah baik secara beransur-ansur. Selagi anda membayar semua pinjaman anda tepat pada masanya dan mengekalkan nisbah penggunaan kredit yang rendah, iaitu jumlah hutang anda berbandingkan jumlah kredit yang anda sedia ada, anda tidak perlu terlalu risau.
Penggunaan kredit yang optimum ialah penggunakan bawah 30%. Jika anda ingin meningkatkan skor anda secepat mungkin, pastikan nisbah penggunaan kredit anda di bawah 10%. Bersabar dan bayar semua pinjaman anda dengan segera dan anda akan lihat skor kredit anda bertambah baik secara beransur-ansur.