Risau mengenai kecurian identiti? Kini anda dilindungi!

Worried about ID theft? We’ve got you coveredApakah kecurian identiti?

Kecurian/penipuan identiti adalah istilah-istilah yang digunakan untuk merujuk kepada semua jenis jenayah di mana seseorang mendapatkan dan menyalahgunakan maklumat orang lain, terutama sekali melalui cara yang melibatkan penipuan dan bakal menyusahkan mangsa. Data peribadi yang paling mudah dicuri termasuk nombor kad kredit dan debit, maklumat akaun bank, polisi insurans dan rekod perubatan.

Bagaimanakah CTOS SecureID melindungi saya dari jaringan gelap?

Sistem CTOS SecureID akan mengimbas jaringan gelap untuk mengenalpasti sama ada maklumat yang anda berikan secara sukarela telah muncul di situ. Sekiranya maklumat anda muncul di jaringan gelap, sistem kami akan menghantar notifikasi kepada anda. Anda boleh mengambil tindakan seterusnya untuk melindungi diri anda, seperti menukar kata laluan atau menutup akaun tertentu.

Apakah maklumat yang diperlukan untuk memulakan pemantauan jaringan gelap saya?

Apabila anda melanggan CTOS SecureID, anda akan ditanya sama ada anda ingin memberikan maklumat peribadi secara sukarela supaya sistem kami boleh memantau dan menghantar makluman kepada anda jika perlu. Lebih banyak maklumat yang anda berikan, maka lebih banyak cara untuk kami melindungi anda – anda akan dapat memanfaatkan perlindungan maksimum CTOS SecureID dengan menggunakannya secara menyeluruh.

Maklumat yang boleh anda berikan secara sukarela untuk pemantauan jaringan gelap:

  1. 6 angka pertama dan 4 angka terakhir kad kredit / debit pengguna
  2. Alamat e-mel
  3. Nombor telefon
  4. Nombor akaun bank
  5. Nombor pasport

Bagaimanakah caranya untuk melanggan CTOS SecureID?

Untuk melanggan CTOS SecureID, anda perlu mendaftar untuk akaun ID CTOS terlebih dahulu. Untuk mendaftar, layari laman web www.ctoscredit.com.my atau muat turun aplikasi mudah alih CTOS. Klik butang ‘Daftar’ dan isikan borang mengikut langkah yang tertera pada skrin. Pastikan anda mempunyai dokumen MyKad (NRIC) anda bagi tujuan pengesahan identiti.

Sebaik sahaja anda mempunyai akaun ID CTOS, anda boleh melanggan CTOS SecureID untuk perlindungan penipuan dan perkhidmatan pemantauan kredit. Anda hanya perlu memilih pakej yang anda mahukan, sama ada RM9.90 sebulan atau RM99 setahun.