5 Tanda Perniagaan Menghadapi Masalah 

5 Tanda Perniagaan Menghadapi Masalah 

Menjalankan perniagaan secara kredit sentiasa melibatkan risiko pembayaran tidak diterima. Dalam kes pelanggan anda, sesebuah perniagaan mungkin tidak menunjukkan tanda-tanda luaran bahawa ia sedang bermasalah sehingga sudah terlambat. Pada ketika itu, adalah sukar, malah mungkin mustahil untuk mendapatkan semula pembayaran daripadanya. 

Namun, terdapat beberapa simptom yang menunjukkan perniagaan sedang mengalami tekanan. Tanda-tanda ini boleh berlaku kepada mana-mana perniagaan, tidak kira betapa kukuh sekalipun ia kelihatan. Perubahan dalam ekonomi dan persekitaran yang tidak menentu boleh menyebabkan keadaan perniagaan merosot dari semasa ke semasa. 

Berikut adalah lima tanda biasa yang menunjukkan sesebuah perniagaan mungkin sedang bermasalah: 

  1. Kesihatan kewangan semakin merosot

Kewangan syarikat ialah penunjuk utama kesihatan dan prestasi perniagaan. Tanda-tanda kemerosotan kesihatan kewangan termasuk penurunan pendapatan, keuntungan yang semakin berkurang, serta peningkatan hutang. Beban kewangan ini boleh menjejaskan keuntungan dan kestabilan kewangan syarikat, malah menimbulkan persoalan tentang keupayaannya untuk terus beroperasi. 

  1. Hutang tidak berbayar

Sebuah perniagaan yang bijak akan menggunakan hutang secara produktif, contohnya untuk membeli peralatan atau membiayai pengembangan. Namun, apabila sesebuah syarikat tidak lagi mampu membayar hutangnya, ini merupakan petanda jelas bahawa syarikat itu sedang menghadapi masalah. Apabila jumlah hutang terus meningkat dan sumber kewangan semakin tertekan, risiko kebankrapan atau ketidakmampuan membayar semakin tinggi. 

Hutang bukan perbankan boleh dilaporkan dalam CTOS electronic Trade Reference (eTR), iaitu platform neutral untuk para pelanggan berkongsi maklumat pembayaran bukan perbankan pelanggan mereka – sama ada positif atau negatif – bagi tujuan pemulihan hutang. 

  1. Pertukaran pengarah dan pengurusan tertinggi secara kerap

Walaupun pertukaran pengurusan sekali-sekala adalah perkara biasa dalam proses pembangunan sesebuah organisasi, namun jika terlalu kerap berlaku, ia mungkin menunjukkan masalah yang lebih serius. Kekerapan perubahan di peringkat tertinggi boleh menimbulkan persoalan tentang kestabilan syarikat dan hala tuju jangka panjangnya. Ia juga mungkin menandakan wujudnya pertikaian antara rakan kongsi, terutamanya jika seorang pengarah yang telah lama berkhidmat tiba-tiba digugurkan. 

  1. Pertukaran pemilikan secara tiba-tiba

Terdapat pelbagai sebab mengapa pemegang saham utama sesebuah syarikat mungkin keluar daripada perniagaan. Namun, jika perubahan pemilikan berlaku secara mendadak dan bukan sebahagian daripada pelan peralihan yang dirancang, ini mungkin menandakan wujudnya masalah kewangan atau tekanan dalaman dalam syarikat. Pemilik sebelumnya mungkin telah menjual perniagaan untuk menyelesaikan masalah kewangan atau mengelakkan kebankrapan. Ia juga boleh menunjukkan konflik dalaman antara pemegang saham. 

  1. Terlibat dalam kes perundangan

Kes-kes undang-undang, terutamanya yang melibatkan dakwaan salah laku atau aktiviti haram, boleh menjejaskan reputasi sesebuah syarikat. Ia juga boleh merenggangkan hubungan dengan rakan perniagaan, pembekal dan pihak berkepentingan lain. Lebih dari itu, proses litigasi boleh mengalihkan tumpuan serta sumber syarikat daripada operasi perniagaan teras, di samping menanggung kos tinggi bagi yuran guaman, penyelesaian, dan kos mahkamah. 

Kenal pasti tanda-tanda ini lebih awal dan ambil langkah proaktif untuk mengurus risiko kredit sebelum ia menjadi lebih serius. Dengan CTOS Credit Manager, anda boleh menerima notifikasi automatik tentang sebarang perubahan dalam keadaan perniagaan pelanggan anda – termasuk kesemua tanda di atas.