Apa yang Anda Perlu Tahu Sebelum Menawarkan Terma Kredit
Memberi kredit adalah amalan biasa dalam perniagaan, terutamanya dalam urus niaga antara perniagaan (B2B). Banyak syarikat melakukannya untuk merangsang jualan serta-merta dan mewujudkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan. Namun begitu, pemberian kredit juga melibatkan risiko. Oleh itu, adalah penting untuk menilai kebolehpercayaan kredit bakal pelanggan atau rakan niaga sebelum menawarkan kredit bagi melindungi kewangan perniagaan anda.
Berikut ialah beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum menawarkan kredit kepada syarikat lain.
Lakukan Semakan Kredit Terhadap Pelanggan Baharu
Semakan kredit merupakan langkah penting dalam pengurusan risiko kredit. Ia dapat membantu mengurangkan potensi kerugian dan mengelakkan masalah aliran tunai pada masa hadapan. Anda boleh melakukan semakan ini melalui Laporan CTOS yang tersedia dalam CTOS Credit Manager.
Sebagai contoh, CTOS Report mengandungi:
- Bahagian A: Ringkasan laporan keseluruhan (termasuk Skor SME CTOS jika diminta)
- Bahagian B: Profil syarikat (maklumat SSM seperti Pengarah, Pemegang Saham, Caj Syarikat, Penyata Kewangan, Rakan Niaga, Rekod Alamat, dsb.)
- Bahagian C: Kemudahan kredit dan sejarah pembayaran balik bank (melalui CCRIS)
- Bahagian D: Maklumat litigasi (kes mahkamah)
- Bahagian E: Rujukan perdagangan elektronik (eTR) yang dihantar oleh pihak ketiga bukan bank, seperti kegagalan membayar kredit
Maklumat dalam laporan ini memberi gambaran terhadap risiko. Contohnya, jika laporan menunjukkan sejarah pembayaran bank yang lemah, ia mungkin menandakan bakal rakan niaga anda berisiko gagal membayar semula kredit mereka. Dalam kes ini, anda perlu mempertimbangkan semula keputusan anda.
Tetapkan Terma Kredit dengan Jelas
Jika anda memutuskan untuk memberikan kredit selepas menyemak laporan kredit pelanggan, anda perlu menetapkan terma perjanjian kredit dengan jelas dan terperinci. Ini termasuk:
- Had kredit
- Terma pembayaran
- Kadar faedah (jika ada)
- Caj lewat bayar
Jika perlu, anda juga boleh meminta jaminan peribadi atau cagaran daripada pemilik perniagaan sekiranya berlaku kegagalan membayar.
Pantau dan Semak Terma Kredit Secara Berkala
Keadaan kewangan pelanggan boleh berubah dari semasa ke semasa. Pelanggan yang kukuh hari ini mungkin berdepan masalah kewangan esok. Oleh itu, pantauan berkala sangat penting bagi memastikan anda dapat bertindak awal seperti menyesuaikan terma kredit atau memanggil bayaran serta-merta.
Perubahan yang perlu dipantau:
- Kewangan syarikat yang semakin merosot
- Perubahan tidak dijangka dalam pengarah atau pemegang saham
- Tindakan undang-undang atau kes mahkamah
- Prosiding kebankrapan
- Rujukan perdagangan yang negatif
Dengan CTOS Credit Manager, anda akan menerima notifikasi automatik apabila berlaku sebarang perubahan pada status pelanggan anda.
Sediakan Pelan Untuk Pembayaran Lewat atau Gagal Bayar
Pemberian kredit bukan sekadar menawarkan kemudahan tersebut, malah anda perlu ada pelan tindakan jika berlaku kelewatan atau kegagalan bayaran.
Langkah yang disarankan:
- Tetapkan polisi jelas untuk tindakan jika bayaran lewat.
- Hantar peringatan pada hari ke-3 selepas tarikh akhir bayaran.
- Hubungi pelanggan melalui emel dan panggilan setiap dua hari selepas itu.
- Naikkan ke bahagian kutipan selepas 30 hari tertunggak.
- Maklumkan pelanggan bahawa akaun tertunggak boleh menjejaskan pesanan semasa mereka.
Jika pelanggan benar-benar mengalami kesukaran, sediakan pelan bayaran ansuran.
Untuk hutang yang sudah lebih 180 hari tertunggak dan tidak dapat dikutip, ia boleh dianggap sebagai hutang lapuk.
Daripada terus menulis hutang tersebut sebagai kerugian, anda boleh menghantar rujukan perdagangan elektronik (eTR) kepada pangkalan data CTOS. Ini akan memberi kesan negatif kepada skor kredit syarikat tersebut, sekali gus menghalang mereka mendapatkan kredit daripada pembekal lain. Langkah ini menggalakkan pelanggan untuk segera menyelesaikan hutang mereka.
Urus Risiko Kredit dengan Prinsip “Percaya, tetapi Sahkan”
Pendekatan ini membolehkan perniagaan anda terus berkembang tanpa mengabaikan kesihatan kewangan.
Dengan CTOS Credit Manager, anda boleh menilai pelanggan atau rakan niaga baharu melalui laporan kredit komprehensif CTOS, sama ada individu mahupun syarikat.
Semakan awal dan penilaian kini lebih mudah melalui satu platform dinamik yang membolehkan anda mencari, menyimpan, memantau dan mengurus semua maklumat pelanggan anda.
Dapatkan konsultasi PERCUMA untuk Credit Manager sekarang!
Lindungi aliran tunai dan reputasi syarikat anda — buat keputusan kredit dengan yakin bersama CTOS.