Mengurangkan Risiko Perniagaan untuk Meningkatkan Keuntungan

Mr. Simon Tan Yu Chai, Executive Director of SH Advance Coatings Sdn. Bhd.

Mengurangkan Risiko Perniagaan untuk Meningkatkan Keuntungan 

Setelah mengendalikan perniagaan saya selama lebih 10 tahun, saya telah memperoleh banyak pengalaman dan pengetahuan yang amat berharga dalam industri saya. Sebelum menggunakan CTOS, hanya pengetahuan dan kepakaran inilah yang saya harapkan apabila menetapkan terma pembayaran secara kredit. Ini bermakna, setiap urus niaga dengan pelanggan mempunyai risiko yang lebih tinggi. 

Namun, sejak menggunakan CTOS Credit Manager™, saya tidak lagi perlu risau tentang risiko-risiko perniagaan yang tidak perlu. Dengan bantuan maklumat yang sahih dan boleh dipercayai, saya kini mempunyai gambaran yang lebih menyeluruh mengenai latar belakang kredit pelanggan dan boleh membuat keputusan yang lebih tepat. CTOS juga menyediakan maklumat tambahan yang komprehensif dan berguna; sebagai contoh, CTOS akan memberi amaran sekiranya berlaku perubahan kewangan penting melibatkan pelanggan kami. Dengan maklumat ini, kami dapat bertindak pantas, seperti menghentikan penghantaran barang kepada mereka — sekaligus mengelakkan kerugian besar. 

Selain manfaat pemantauan masa nyata daripada CTOS, kami juga berjaya mendapatkan semula hutang lapuk. Pernah berlaku satu situasi di mana kami mengalami kesukaran untuk mengutip bayaran yang telah lama tertunggak. Bahagian akaun kami telah beberapa kali membuat panggilan dan menghantar surat tuntutan, namun tiada sebarang respons. Keadaan berubah selepas kami menggunakan CTOS. Kami mengeluarkan amaran terakhir dan memaklumkan kepada pihak berkenaan bahawa jika mereka gagal membuat pembayaran, kami akan mengambil tindakan lanjut melalui CTOS. Tanpa diduga, mereka segera menghubungi kami dan melunaskan semua tunggakan bayaran. 

Saya telah menasihati semua rakan perniagaan saya supaya menggunakan CTOS. Pada pandangan saya, lebih baik mula menggunakan CTOS seawal mungkin jika anda ingin mengembangkan perniagaan, mencapai kejayaan, dan bergerak ke arah yang betul.